Tuesday, March 21, 2017

Terbaik lah cerita ni.. 😀

Customer : Akak.. Harga ni berapa?
Seller : RM35 dik.. Postage RM8.. :)
Customer : Alaa.. Bagi la free postage.. Ataupon genapkan jd RM40 je.kan senang..susah bankin, mesin ATM xterima duit kecik..

Sekarang.. Cuba tukar situasi..

Boss : Gaji awak berapa setiap bulan?
Pekerja : RM1500 basic..ot.bulan Ni rm1033.60
Boss : OT rm1033.60? boleh X kalau saya bayar rm1030 je.. Genapkan je la, senang kira..
Pekerja : Mana boleh boss.. Macam nak mati kerja.. Gila punya bos!!!

Dapat?

Mereka berniaga @ cari rezeki @ cari duit...bukan buat khidmat masyarakat.. Keuntungan itulah gaji mereka😁😁
Jangan minta harga ahli @ harga kos @ diskaun.. Melainkan seller tu sendiri yang OFFER..😊😊😊

Bertimbang rasa itu amalan mulia ☺☺
Jangan sibuk nak harga kawan baik.. Mak sedare.. Pak sedara.. Tok.. Tokki..

Mana tau anda dah mmbantu seller tu tuk beli pampers ke susu anak die ke kan..
Tak ke dapat pahala tu? 😘

Kite permudahkan urusan orang..maka Allah pn akn permudahkan urusan kita..
In sha Allah..😊





Tuesday, March 14, 2017

TANGGUHLAH SOLAT...
MAKA AUTOMATIK ALLAH AKN TANGGUH SEMUA URUSANMU..

Suka lewatkan/tangguhkan solat??
Maka bersedialah DIA  akan tertangguh dalam semua urusan hidupmu.
Mungkin dari segi Rumahtanggamu, Perkahwinanmu, Kerjayamu, Zuriatmu, Kesihatanmu..

Hasan al-Basri berkata:
Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu? Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu.

Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan dengan al-Falah (kejayaan)? Mana mungkin Allah memberikan kamu taufiq sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya.

Hidayah perlu dicari. Ia akan dtg bila hatimu mula mencari.
Taufiq itu perlu di dekatkan dgn diri, biar ia mudah datang kpdmu.
Begitu juga solat. Tunaikan seawal waktu yg mungkin..krn keberkatannya mudah dtg dlm hidupmu.

Peringatan untuk diriku yg sering alpa...😣





Saturday, March 4, 2017

JANGAN LA SEBUT, JADI DOA TU!

Si abang ingin keluar membawa motor pergi bermain di taman.

Melihat langit gelap, adiknya berkata: Hari nak hujan tu..

Si abang melenting: Kau boleh diam tak, masin mulut kau tu nanti!

---

Si anak sedang memandu di LPT dengan kelajuan mencecah 160km/jam.

Si ibu menegur dari tempat duduk sebelah: Pelan la sket, accident nanti susah kita.

Si anak meninggikan suara: Ibu ni.. jangan la doakan macam tu!

---

Si isteri ingin segera menunaikan umrah, dicapainya laptop untuk melihat pakej untuk dibeli.

Si suami berpesan: Kalau beli sekarang, habis terus simpanan kita. Nanti kalau ada urusan kecemasan macam mana?

Si isteri menjawab: Ish, abang ni. Jangan la fikir yang bukan-bukan.

---

Si pelajar A sedang asyik melayan Dota, (atau versi sister: melayan siri drama korea!)!

Lalu roommate nya Pelajar B, berpesan: Pergi study la! Ko dah repeat, nanti kena dismiss plak kang!

Pelajar A menuding geram: Weh, mulut ko! Jaga sikit boleh tak?

---

Peringatan diberikan dikatakan doa? Malah disuruh diam, jangan disebut?

Allah dan Rasul-Nya berkali-kali memberi peringatan agar jangan lakukan ini dan itu, nanti dibalas azab seksa yang pedih di neraka.

Adakah ianya bermaksud Allah dan Rasul-Nya mahukan umatnya masuk neraka?

Peringatan diberikan kerana asasnya kita sering lupa, bahawa telah banyak contoh mereka yang melakukan kesilapan yang sama, yang telah hancur binasa.

Apa lagi kalau peringatan yang jelas diberikan atas dasar kebiasaan kehidupan.

Hari gelap tanda nak hujan. Bawa laju nanti kemalangan. Habiskan simpanan nanti kerugian. Tak study, fail la!

Jadi, tindak balas dan respon yang tepat dan rasional adalah MENCEGAH dan BERHATI-HATI.

Sebagaimana dalam urusan akhirat, kita berusaha mencegah dengan menjauhi segala laranganNya dan berusaha sehabis baik mentaati perintahNya.

Pelik dan ganjil, bila peringatan demi peringatan diberikan, tanda kasih dan prihatin, tapi dilayan balas bagaikan ia tohmahan dari musuh.

Ingat! Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Mungkin penyesalan yang berlaku, jika selagi ia di dunia, masih punya ruang harapan untuk memperbaiki (jika tak putus asa); tetapi penyesalan di akhirat.. memang mutlak tidak berguna!

Terimalah peringatan! Kemudian usaha dan doa ke arah yang betul dan baik!

- BroSyariefShares

Cnp dari fb cikgu Nor Fazilah Abd Mohd.

#terimakasihatasdoadanperingatan





Wednesday, March 1, 2017

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

#doakanamnasihat





Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...