Friday, February 10, 2017

Sayu dan sedih terasa amat simpati kerana agak ramai wanita stress dengan perangai suami masing-masing sampai ada yang ditimpa kemurungan yang berat. Terpaksa mendapat rawatan pakar psikatari. Ada yang ditimpa pelbagai penyakit. Saya kira lebih 100 orang wanita yang email menceritakan pada saya mereka ditimpa kemurungan begini sehingga masuk wad dengan sebab pelbagai penyakit. Ya Allah maafkanlah semua lelaki hari ni yang tinggalkan dakwah sehingga tak bawa isteri dekat pada Allah...ada di kalangan wanita bekerja dan juga wanita surirumah...ya Allah bantu mereka dan sembuhkan mereka.

Punca utamanya isteri ini tidak diberi perhatian oleh suami dan tidak dikasihi disayangi dibimbing dan tidak diajar dengan Islam dan Sunnah Nabi saw.. Bila ketua keluarga terlupa maksud hidup ini yang sebenarnya. Tujuan Allah hantar ke dalam dunia ini dan mula sibuk dengan benda yang tidak termasuk dalam keperluan hidup dan tidak mengutamakan yang utama kerana lalai atau jahil.

Isteri buat pahala tak berhenti...

Dia bekerja bantu suami yang sebenarnya kerja cari nafkah ialah suami...suami kena sediakan makan minum dan bertanggungjawab terhadap semua keperluan isteri dan ahli keluarga...Allah beri pahala sedekah buat wanita..mereka cuba bantu suami. Ringankan beban suami kerana Allah.

Isteri mandikan dan uruskan anak-anak seorang diri..
Isteri uruskan pendaftaran sekolah anak-anak dan ajar anak-anak.
Isteri kemas rumah dan layan anak-anak..
Isteri cantik-cantik sexy nak tungu suami belai dan layan suami..
Isteri bawa anak ke klinik hospital
Isteri sakit pening tetap takde mc terus jaga anak dan uruskan rumahtangga. Urus semuanya tanpa cuti. Kalau robot boleh meletup. Kalau kapal terbang boleh terhempas. Ini manusia bernama wanita. Tak sempat makan, tak sempat tidur betul. Tak sempat buang air besar sempurna pun. Melayan kerenah anak dan suami.
Isteri baik dan hidupnya cuma Islam, suami dan anak-anak. Keluarga mereka jauh dan mereka tiada tempat nak luahkan. Ya Allah..

Dia buat semua sedangkan dia ada suami..

Suami sibuk tengok hp 24 jam...
Suami sibuk nak keluar malam-malam terlalu kerap macam orang bujang sedangkan anak-anak kecil. Balik 2 pagi. Balik 3 pagi..setiap hari
Suami sibuk tidur di ruang tamu sedangkan isteri dalam bilik pening sakit. Penat jaga anak yang menangis dan bergaduh..
Suami sibuk nak bersukan siang malam lepas waktu kerja.
Suami bila sakit nak isteri khidmat dan layan dia macam raja.
Suami bila penat berehat tak ingat dunia. Tidur sepanjang hari..
Suami bila kena tegur mengamuk, marah dan melenting.

Bukanlah kena jadi malaikat tetapi laluilah hidup ini dengan cinta dan perasaan....melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Berkhidmat dan bersama dengan cinta.

Ubatnya begini.
Solat 2 rakaat minta pertolongan Allah. Semua masalah dalam genggaman Allah. Merayu kasih sayang dan rahmat Allah..

Sebenarnya jadi begini sebab hilang rahmat Allah..
Jaga solat awal waktu. Suami isteri sama-sama tidur awal dan bangun tahajud sama-sama..

Suami balik isya dari masjid terus balik rumah buat amalan Ta'lim dengan keluarga..
Suami kena tolong dan ringan tulang. Berebut-rebut tolong isteri di rumah..
Makan bersama isteri dan anak-anak dalam dulang. Kasih sayang.
Rajin ucap terima kaseh sayang dan pujian buat pasangan.

Jika kita boleh layan orang luar baik-baik. Ini pula isteri kita. Tidur bersama peluk isteri. Belai dan dengar mereka bercerita..bercinta setiap hari sampai mati.
Bawa isteri bercuti berehat berdua. Dating dan buat habis romantik.
Bawa isteri berdakwah dan belajar iman ilmu di jalan Allah. Jika ada ruang dan kesempatan 3 bulan sekali mesti bercuti 3hari bersama isteri tanpa anak-anak. Dalam setahun mesti cuti 10 hari bersama isteri. 3 tahun sekali cuti sebulan ke dua bulan bawa isteri merantau jauh-jauh.. Baru bercinta macam giler. Bercinta sampai syurga. Belajar Islam. Dekat diri pada Allah.

-ebit lew

#copypaste





Wednesday, February 8, 2017

3 TIP KHAS UNTUK ORANG YANG BARU NAK BERNIAGA

.

1. Time yang fleksibel bukan untuk anda. Anda perlu disiplin

.

Kalau anda rasa nak buka ikut suka anda. Dan nak tutup ikut suka anda. Jawapannya. Tahun depan anda dah buat bisnes lain

.

2. Money freedom pun bukan untuk anda. Anda kena budget betul2.

.

3. Ikut cakap mentor. Mentor suruh gali lubang sedalam 100 meter. Dan anda akan jumpa air. InsyaAllah.

.

Anda tak sabar. Anda gali 10 meter dalam. Pastu tukar lubang lain. Sampai 10 lubang. Kerjanya sama berat. 100 meter jugak gali.

.

Hasilnya tak sama. Anda tak jumpa air tu.

.

Jangan terkesan dengan bisnes yang macam-macam.

.

Usahakan 1 dulu sampai jumpa air. Pastu kalau nak diversify. It is up to you. U know ur strength.

.

TAPI

Ingat kisah Steve Job masa mula2 ambil alih balik Apple. Dia buang semua non-core business

Ingat kisah Tony Fernandes. Focus on airline till succeed. Then he assigned new CEO. After that he moves on.

Sir Ken Robinson kata

Jika anda tidak bersedia melakukan KESILAPAN

Anda takkan cipta sesuatu yang ORIGINAL. ASLI

P/s Saya teringat 3 bulan yang pertama dalam bisnes. Setiap hari 9 to 5. Without fail.

Saya ke market place. Cari klien. Angkat meja. Angkat kerusi. Muka tebal. Buka booth. Call sana. Call sini.

Skrip presentation caca marba. Jalan je.

Rejection biasa la.

Apakah perkara paling BURUK akan berlaku, kalau kena reject.

Luka ke? Berdarah ke? Mati ke?

Kena gali lubang sampai 100 meter.

Alhamdulillah dapat 90 klien lebih kurang dalam masa 3 bulan. Semuanya dari Allah.

Dan satu lagi kena ingat. Kita kena betulkan yakin kita. Kita usaha sungguh-sungguh. Tapi yang bagi rezeki pada kita ialah Allah. Supaya kt tak bongkak, takabbur. Tengok - cara inilah berjaya

Seperti doa yg kita baca bila keluar rumah:

Bismillahi tawakkal tu 'alAllah

La hau la wa la quwwatailla billa..

.

Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya

Semuanya dengan pertolongan Allah.

Ustaz kata jangan kata macam ni

"Kita yakin dengan Allah tapi kita kena usaha" - bahaya kata2 macam ni sebab kita menafikan Allah.

Sebaliknya kita kena kata

"Kita usaha sungguh2 Tapi yang bagi rezeki ialah Allah"

Kata2 macam ni menafikan makhluk. MengISBATkan Allah.

Wallahua'lam

Kredit to : Arif Ismail

#ArifIsmailMySifuInUnitTrust
#PerundingUnitAmanah
#BinaDanaPersaraanAndaSekarang
#2020quitegomen





Saturday, February 4, 2017

Saya jumpa Michael Jordan.

.

Saya tanya
"Apa yang kau rasa membuatkan kau jauh meninggalkan pemain lain. Apa benda yg buat kau maju ke depan untuk personal dan team kau bro"

.

Agak-agak apa dia jawab?

Adakah bakat semuladi yg dberi oleh Allah?

Adakah kemahiran?

Adakah strategi?

.

Michael bagitau saya:

"Ramai orang ada bakat yg diberi oleh Allah.

Apa yg menjarakkan saya dalam semua aspek kehidupan adalah...

Awak takkan jumpa orang yang lebih kompetitif dari saya ni bro.

Saya takkan berpuas hati untuk dapat no 2 dalam setiap perkara."

.

Kenapakah Michael Jordan All-American, All NBA greatest basketball player of all time boleh cakap macam tu.

Then we must know a little bit of his history or background.

Michael tak masuk dlm list player kat sekolah menengah pun. Nama sekolah. Laney High School.

Tapi dia telah menukarkan rentak permainan SELAMANYA.

Satu hari Michael telah dikeluarkan dari list player sekolah.

Dia balik rumah dan menangis sepanjang tengahari tu.

Kerja lebih mudah. Kita nangis je. Pastu give up.

SEBALIKNYA. Michael tukarkan pengalaman perit tu kepada SEMANGAT MEMBARA (burning DESIRE)

Dia sasarkan satu standard yg LEBIH TINGGI

.

Dia telah merubah dan membuat satu KEPUTUSAN (DECISION).

KEPUTUSAN yang sebenar dan sangat kuat.

Bukan sahaja mengubah hidup dia. Bahkan mengubah dunia sukan

Dia BERTEKAD (DETERMINED) bukan sahaja untuk menjadikan team dia team yang terbaik. Bahkan dia ingin jadi terbaik di dalam court.

Untuk mencapai cita-cita yang tinggi ini. Michael buat apa yang semua orang2 yang berjaya buat.

1. Tetapkan Matlamat (SET GOAL)
2. Ambil tindakan pantas dan besar
3. Cari coach sebelum masuk university

Setiap hari 6 pagi. Coach letakkan dia dalam court. Kena intensive drills.

Dia juga berazam untuk timggikan badan dia spy dpt membantu pasukan.

Kat sekolah dia sengayut. Tinggi dia menjadi 6 kaki 2 inci.

Bila anda strecth diri anda. Anda dpt capai impian. The power of stretching

Michael praktis setiap hari. Sampai masamya. Michael terpilih mewakili university.

LEBIH KUAT BERUSAHA
LEBIH BERTUAH ANDA AKAN JADI

Ada orang takut nat tetapkan MATLAMAT.

Takut tak tercapai. Malu.

Apa yang kita tak faham.

Tetapkan matlamat adalah separuh dari mencapai matlamat.

KENAPA kita perlu tetapkan MATALAMAT?

Supaya beri kehidupan kita yang lebih fokus

Dan

Untuk menggerakkan ke arah matlamat yang hendak dicapai.

Pada permulaannya, memilh MATLAMAT akan memberi kesan yang kecil nampak-nampaknya lah

Macam bila kita naik kapal besar di lautan luas. Kapten kapal mungkin ubah laluan beberapa darjah.

Ia takkan dapat dirasai dalam masa beberapa minit.

Setelah berjam2 atau berhari2. Baru kita nampak perbezaannya. Ia membawa kita ke destinasi yg lain.

Makanya in conclusion

Untuk kita keluarkan diri ini dari keadaan complacent. Keadaan selesa ini.

Kita perlu buat banyak perubahan

Kita perlu tetapkan banyak matlamat

Michael cakap. Setelah dia berusaha bertahun-tahun. Getting in shape. Build confidence

Saya belajar suatu yang sangat penting

"Kejayaan saya bergantung kepada BERBUAT YANG TERBAIK - bukan kadang-kadang tapi ISTIQAMAH"

Ringkasan bacaan buku Tony Robins pagi ni masa breakfast

Arif Ismail
Coach

P/S. Siapa nak cari coach macam Michael Jordan carik tu. Pm saya. Sy jadi coach anda. Kita hancurkan fikiran orang lain yang kata anda tak boleh buat. Anda berangan je lebih.

#ArifIsmailMyPublicMutualCoach
#ArifIsmailMyUplinePublicMutual





Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...