Friday, January 6, 2017

 10:28 PM      No comments

9 CARA MENJUAL PRODUK LAKU KERAS TANPA MENGGUNAKAN FBADS

Jangan tamak. Cuba praktiskan 1 daripada 9 cara ini.

Berdasarkan infografik yang diterbitkan oleh Referral Candy, cara-cara untuk mewujudkan marketing word of mouth adalah seperti berikut:
1) Menghasilkan produk yang sangat bagus, sehingga pelanggan bercakap-cakap tentangnya tanpa perlu minta sebarang ganjaran.
2) Berikan produk atau servis itu kepada golongan pelanggan yang mempunyai kuasa hebahan yang kuat.
3) Memudahkan cara untuk pelanggan menghebahkan produk kita kepada rakan-rakan mereka yang lain.
4) Bagaimana buat pelanggan rasa “Wow” bila guna produk kita? Ia mempunyai dua elemen asas iaitu inovasi dan cerita yang bermakna.
5) Selesaikan 1 masalah spesifik yang dihadapi pelanggan.
6) Tugas utama penjenamaan bisnes adalah menjawab soalan pelanggan iaitu, “Produk mana satu yang patut aku beli?”
7) Seth Godin memberi nasihat supaya jual produk kepada seorang pelanggan dahulu. Cari pelanggan yang betul-betul percayakan kita dan minta dia membeli.
8) Jika seorang pelanggan itu suka atau jatuh cinta pada produk yang kita jual, berkemungkinan besar dia akan beritahu kepada 10 orang rakan-rakannya yang lain.
9) Jika sebaliknya, berhenti jual produk itu dan cari lagi produk yang lain.

===
Apa asas word of mouth? Ada dua komponen penting.
===
Word of mouth merupakan kaedah marketing yang memerlukan dua asas yang kuat iaitu produk yang sangat bagus, dan strategi marketing yang unik.

Majoriti bisnes yang berjaya melaksanakan strategi word of mouth mempunyai kedua-dua komponen yang diberitahu.
Tanpa produk yang bagus, marketing sahaja tidak mencukupi.
Tanpa marketing yang mantap, produk yang bagus sahaja tidak mencukupi.

Apabila produk itu bagus dan marketingnya juga bagus, ia mempercepatkan keuntungan bisnes dan merendahkan kos-kos seperti pengiklanan dan kempen marketing.





Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...