Thursday, January 19, 2017

 2:40 PM      No comments

Saya ada bisnes. Saya ada produk utk di jual & of course saya mahu orang beli produk saya.
.
Tapi saya tak suka memaksa. Saya blast sms, whatsapp, post kat fb,  bagitau ade promosi, bagitau kelebihan. Tapi kalau "dia" diam, saya takkan paksa. Kalau dia seperti 50,50, saya explain lebih lanjut. Saya kuatkan dengan testimoni. Apa manfaat yg dia akan dapat jika "dia" mencuba produk saya.
.
Kalau "dia" masih diam, saya hanya teruskan langkah yg tak pernah putus saya buat : berdoa pada Allah utk gerakkan hatinya utk memilih produk saya & semoga produk saya memberi manfaat kesihatan yg bagus utknya.
.
.
Saya tak suka memaksa, mamatikan atau memaksa secara halus atau apa saja cara memaksa customer saya. Kerana saya juga tak suka di paksa. Membuat customer tiada jalan lain utk mengelak dari membeli kerana cara kita menjual.
.
Kerana saya sentiasa meletakkan diri sebagai pembeli. Serabutnya bila ada penjual yg terus2an mendesak, tak bagi peluang utk kita berfikir dgn baik, tak bagi peluang utk kita bercakap, guna ayat yg "mematikan" kita utk menolak dsb.
.
Diam pembeli mempunyai banyak maksud. Maybe : saya tak nak, saya fikir dulu, saya nak survey dulu, saya tak ada duit, saya prefer produk lain yg lebih sesuai, saya busy dsb.
.
Apa2 pun rezeki kita terletak pada tangan Allah, bukan pada tangan manusia. Allah yg menggerakkan hati "dia" utk memilih produk kita  berbanding produk lain. Jadi pergantungan hidup haruslah pada Allah. Bukan pada manusia.
.
Tapi tetapi tugas peniaga @ usahawan,berfikir & terus berfikir utk cara utk menarik minat pembeli utk membeli. Be creatif. Idea juga dtg dr Allah. Semoga Allah terus membantu kita mencari rezeki yg halal. Amin. :)





Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...