Sunday, January 22, 2017

 9:31 PM         No comments

Rezeki kita memang banyak namun kita tidak sedarinya, kerana kita selalu beratkan rezeki adalah pada zahir sahaja, iaitu bersifat kebendaan dan boleh dilihat seperti rumah, duit, emas makanan dan sebagainya.

Allah sudah menjelaskan: "Sungguh Allah melebihkan sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang lain dalam rezeki" (Al-Nahl 16: 71)

Kadar rezeki antara kita memang berbeza. Jika kita ada rumah sebuah, kawan kita ada tiga buah. Jika kita pakai kereta Saga, jiran kita pakai kereta Mercedes. Demikian kita membandingkan rezeki. Lalu kita merasakan rezeki kita sedikit.

Walhal berbezanya rezeki kita bukan hanya pada rezeki zahir sahaja. Cuba lihat pada daerah rezeki rezeki lain batin yang kita ada. Dalam pada teman kita berjawatan tinggi tercari-cari masa untuk bersama keluarganya, kita punya banyak rezeki masa untuk diluangkan bersama keluarga. Dalam pada dia sakit kepala melayan karenah manusia, kita pula bahagia sahaja melayan telatah anak-anak.

Sungguh mungkin rezeki zahir kita sedikit, bagaimana pula dengan rezeki batin? Campur, tolak rezeki zahir dan batin, mungkin rezeki kita paling banyak daripada dia.

"bukanlah kekayaan itu pada banyaknya harta. Namun kekayaan itu kaya jiwa" - Riwayat al-Bukhari

Credit to: Majalah Solusi 99





Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...