Sunday, January 8, 2017

 3:58 PM      No comments

*✏ Kisah Pokok Buluh & Pokok Taugeh*

Kisah perbezaan antara pokok buluh dengan taugeh.
Taugeh letak hari ni, esok dah boleh lihat ia bercambah.

Berbeza dengan pokok buluh. Apabila ditanam, ia tidak akan tumbuh dengan cepat. Tiada perubahan selama beberapa bulan. Seolah-olah ia tidak hidup. Namun setelah ia mula membesar, ia akan membesar dengan pantas.

Kenapa ia begitu?
Kerana pada peringkat awal ia ditanam, ia membina akar yang kuat. Setelah akarnya kuat dan mampu menampung pembesarannya, barulah ia mula berkembang.
Walaupun ia berkembang tinggi dan besar, ia tidak akan jatuh kerana akarnya kuat dan kukuh.

📌Begitulah kita dalam membina bisnes. Jika cuba membesar tanpa landasan yang kuat, ia akan jatuh apabila sudah tidak mampu bertahan. Landasan itu adalah ilmu, strategi, pengalaman dan sistem yang terbukti efektif.

Jika mahu berjaya cepat, kita boleh belajar dari pengalaman dan kepakaran orang yang sudah berjaya.
Mereka itulah namanya mentor.

📌Jika belum ada orang yang menjadi mentor kita, maka carilah seseorang supaya dapat bantu kita naik ke puncak dengan lebih mudah pada tahun ini 2017.

Fast action, fast result.
Saya doakan perjalanan bisnes kita semua dipermudahkan pada 2017 ini. Dan ia mula berkembang menjadi titik tolak kejayaan kita semua.





Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...