Tuesday, December 6, 2016

 11:18 PM      No comments

BILA BISNES ANDA GAGAL

1. Jika anda tidak tahu, saya sendiri pernah gagal dalam perniagaan. Lebih kurang 25 tahun yang lalu, saya buka sebuah kedai muzik di Sungei Wang Plaza. Selepas beroperasi selama 2 tahun, saya terpaksa menutup bisnes itu kerana ianya menanggung kerugian besar. (Cerita penuhnya ada dalam buku pertama saya Jutawan Dari Planet Jupiter.)

2. Bisnes itu gagal bukan sebab ianya disabotaj pesaing. Bisnes itu gagal bukan sebab saya orang Melayu. Bisnes itu gagal bukan sebab disabotaj orang bukan Melayu. Bisnes itu gagal bukan sebab tak dapat sokongan kerajaan. Bisnes itu gagal sebab ilmu bisnes saya masa itu terlalu cetek.

3. Saya tahu yang saya perlu menambah ilmu bisnes dulu jika saya mahu berjaya dalam bisnes.

4. Jadi saya pun menambah ilmu dengan membaca ratusan buku tentang kewangan dan bisnes. Saya balik ke kolej untuk mendapatkan MBA. Dan saya bertanya i.e. belajar daripada beberapa usahawan yang berjaya.

5. Alhamdullilah, ceritanya menjadi lebih indah selepas insiden pahit itu. Hari ini, saya mempunyai beberapa bisnes yang berbeza, multiple streams of income (MSI), lebih berharta, lebih bahagia dan lebih berguna kepada klien, masyarakat dan negara.

6. Walaupun memang betul ada bisnes yang gagal kerana outside parties atau events, most of the time, bisnes itu gagal kerana pengusahanya kurang ilmu dan pengalaman bisnes.

7. Jadi apabila anda gagal, jangan terlalu cepat untuk menyalahkan orang lain, bisnes lain dan bangsa lain. Saya sedar ianya AMAT SENANG UNTUK MENYALAHKAN OUTSIDE PARTIES – pesaing, supplier, kerajaan, keadaan ekonomi, menteri kewangan, MARA, orang bukan Melayu – so that is exactly WHAT MOST FOOLS DO. Tindakan itu juga mungkin menyedapkan hati serta mungkin menutup kekurangan diri anda. Tetapi ianya tidak menanganikan masalah utamanya – kekurangan ilmu anda.

8. But the good thing is that you can become better. Jadi tambahkan ilmu, tambahkan usaha, tambahkan pengalaman. Kemudian cuba lagi dengan lebih bijak.

9. It will be better the next time around.

10. Sila kongsikan jika anda bersetuju dengan poin post ini.





Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...