Wednesday, December 7, 2016

 7:58 PM         No comments

💣 5 KESILAPAN ORANG BISNES 💣

Bismillah, sila buka minda dan baca betul-betul. Utamanya kalau awak seorang peniaga online atau ada perancangan nak buat bisnes online ;)

1 : Gelojoh ➡ Sikap gelojoh membuta ni tolong buang jauh-jauh. Customer whatsapp tanya details, pum pang pum pang, awak terus balas sepanjang-panjangnya details produk lepastu terus bagi harga + no akaun dan soalan
"sis nak berapa pack?" 😒😪

2 : Pemalas ➡ Customer tanya, awak jawab acuh tak acuh. Macam malas sangat dah nak layan. Perangai macam tengah balas whatsapp boyfriend waktu merajuk
"Bae , you marah i ke?" "Tak" 😪

3 : Amaran➡ Belum apa-apa lagi dah bagi amaran dekat customer dalam details produk 👉
"Back out buyer will be block"
"No fussy buyer"
"Barang pre-order, tak boleh sabar jangan beli" 😳

4 : Carut ➡ Ingat, kita ni berniaga , jadi punca rezeki kita datangnya dari orang yang membeli. Ini tidak, customer tanya banyak sikit, dah carut-carut dalam hati. Customer cakap tunggu gaji, dah maki hamun dalam hati. Customer kata survey dulu, dah meroyan bagai. Ye, memang awak buat semua tu dalam hati tapi sedarlah sikit Allah tu tahu ok

5 : Sarcastic  ➡ Suka sindir customer . Tak puas hati sikit update status menyindir. Bukan takat status facebook, sekali dengan whatsapp status, sepakej terus. Aduii , bersungguh ya amat 😂

Nak bisnes buat betul-betul , layan customer elok-elok macam mana yang awak nak orang layan awak time membeli. Bukan nak ajar korang suruh acah-acah bagus tapi tahukan maksud 'orang berbudi kita berbahasa'? Dia beli tak beli tu belakang cerita, yang penting servis biar tip top dulu. Train diri sendiri , one day dah jadi big boss boleh ajar anak-anak buah pulak 💐

Cnp dari group watsap.

Doakan biz saya berjaya dunia akhirat.

#MinyakHerbaAsmak
#UnitTrustConsultant
#PotongRumputBintuluByCombat&Sons
#PenapisAirCuckoo





Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...