Thursday, December 1, 2016

Pengedar yang menzalimi HQ

Selalu kita dengar,HQ menzalimi agen,cantas pelanggan agennya,cantas agen stokisnya,tak jaga harga,tak bantu marketing,mempergunakan agen untuk naik bila dah femes HQ yang jual pada end user,tolak pemborong.

Tapi jarang kita dengar pengedar menzalimi HQ kan?

Nak tahu macam mana seorang pengedar boleh menzalimi HQ?

+HQ keluarkan kos yang besar untuk marketing dan branding ,lepas tu bagi pelanggan yang mereka dapat pada agen,bagi prospek agen pada stokis.Bukan itu sahaja,HQ menggajikan staf untuk closed deal,pass pada agen tinggal nak closed sale je.Dah senang dah sebenarnya sebab tak perlu susah-susah dah nak closed deal.

+Tapi apa agen buat?
-Dapat pelanggan layan tak layan.
-Dah bagi nombor tel pagi,malam pun dia belum hubungi pelanggan lagi.
-Tidak beri info yang tepat
-Pelanggan tanya sikit dah tak tahu nak jawab sebab tak peduli pun dengan info yang HQ beri dan leader dia bagi.
-Lepas jual blah macam tu je,tak bagi cara pakai apatah lagi personal touch
-Tak follow up pelanggan
-Lagi tak boleh tahan,dia buang harga senyap-senyap (ala,bukan HQ tau pun kan..tapi dia lupa malaikat tak berhenti mencatat segala amalan termasuklah pecah amanah)

Syarikat akan rugi jika pengedarnya terus bersikap sedemikian.

Apa tindakan yang harus HQ lakukan untuk atasi masalah ini?

+Sentiasa ingatkan pengedar SOP yang syarikat tetapkan
+Mengenalpasti pengedar kawasan yang memang berkaliber dan komited
+Blacklist pengedar yang tidak melayani pelanggan dengan baik

Sebab itu pentingnya jadi HQ yang tahu menjual.Kami baru pass prospek semua pada pengedar sekitar awal bulan 7.

Sebelum itu kami pun menjual.Tak boleh nak kata HQ bergantung dengan agen,malahan MHAM HQ pass pelanggan pada agen sedangkan boleh sahaja jual direct.Dalam masa yang sama,HQ tidak menafikan kepentingan agen di lokasi kerana bila stok mudah didapati pelanggan suka.Maka hubungan di antara HQ dan pengedar adalah win-win situation.

Cuma pengedar hargailah usaha HQ yang berterusan buat marketing dan branding dengan kos yang besar sedangkan pengedar sendiri tak sampai 10% yang sanggup keluat duit untuk buat marketing.Jika pengedar sayang duit yang belum dikeluarkan,agak-agak HQ lagi sayang tak kos yang telah dikeluarkan tetapi dipersiakan?

Fikir-fikirkanlah bersama

Alhamdulillah pengedar MHAMsb adalah antara pengedar terbaik yang pernah saya kenali.Peratusan pengedar bermasalah sangat rendah.Setakat ini ramai memuji team pengedar MHAMsb.Tetapi jika ada yang tak kena,jangan segan-segan buat aduan untuk diperbaiki apa yang patut

Sekadar perkongsian,rajin pula nak menaip petang-petang ni

😊😊😊

#teamMHAMers
#MinyakHerbaAsmak
#BestTeamEver
#BanggaDapatHQMHAMSB

Cnp dari founder





Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...