Wednesday, December 14, 2016

Jom main Game versi Islamik ..
Enjoy Kalau Anda Betul² Menghayati ..
Tarik nafas .. 1,2,3 👌

Ok! Jommm. 😄

1. *Assalamu'alaikum.* Baca ni. Tengok nombor 5.

2. *SubhanAllah Wa Bihamdih!* Lari ke nombor 8. Cepat!!!

3. *Laa ila ha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Dzalimiin.* Ermmm... Dekat nombor 7 lah.

4. *Laa ilaaha illallah.* Kejap-kejap, dah dekat dah. Go to number 9.

5. *Wa'alaikumussalam.* Pergi kat nombor 2.

6. *Lahaula Wala Quwata illa Billah Hil Aliyil 'Azim*. Singgah ke 4.

7. *SubhanAllahal'azim.* Sabarnye awak. Jap ye. Pergi nombor 12 dulu.

8. *Allahuakbar!* Pindah ke nombor 3.

9. *Alhamdulillah 'ala Ni'matil Islam.* Dah dekat! Pergi kat nombor 13.

10. *Astaghfirullah al ' adzim! Istighfar.* Jangan marah. Awak tahu Jawapannya nanti. Pergi jumpa nombor 6.

11. Alhamdulillah. Awak dah dapat Pahala!

12. Selawat lah. *Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ala 'Ali Sayyidina Muhammad.*  Move to number 10.

13. *MashaaAllah*. Ni yang Terakhir. Pergi kat nombor 11.





KENAPA ORANG BERJAYA ITU SENTIASA BERJAYA?

SATU
Sikap dia berbeza
Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang
gagal. Semua nak komplen. “Apa la tak ada parking”,
“Apa la tak ada majan?” ” Apa la pen kertas pun tak
bagi” dan banyak lagi.
Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia
berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Dia
suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia x cari
kerja.

DUA
Mereka ini pantas.
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak,
dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga
buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang
berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan
seterusnya.

TIGA
Mereka sanggup invest untuk kejayaan mereka.
Invest wang, tenaga dan masa.

EMPAT
Mereka bina networking yang bagus.
Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda.
Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan.

LIMA
Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka
nak berjaya.
Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya.

ENAM
Mereka berkawan dengan orang yang betul.

TUJUH
Mereka tidak bertangguh.
Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes
mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan
kepantasan.
Kalau sikap owmer ni lembap, agak barang yang order
tu bila nak siap?

LAPAN
Tidak menghiraukan kutukan
Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk
melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan
kutukan orang.

SEMBILAN
Fokus
Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan
anda NENEK JUTAWAN!.
Fokus 1 masalah pada 1 masa. Dimana ada masalah, di
situ ada peluang. Dimana ada peluang,di situ ada wang.
Dimana ada wang, di situ ada kekayaan.

SEPULUH
Mereka konsisten & persisten.
Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak
jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat le.





‪You have your life. I have mine. Stop comparing it with others. We're tested in different ways. There's a blesssing & lesson in all of that.

-Mufti Ismail Menk-





Monday, December 12, 2016

Apa BIG WHY kita bila berniaga?
dan apa BIG WHY agen kita?

apa yang kita dan mereka nak capai?mesti ada satu SEBAB BESAR (BIG WHY) yang boleh mendorong kita di saat kita lemah

semua perlu tahu apa yang agent nak..
Contoh nak support family.. Jadi kita tahu effort yang dia akan keluarkan macam mana

Dan bila agent ni dah goyah,kita akan guna big why dia balik untuk align..

Contoh macam saya..saya buat bisnes sebab saya suka berniaga dan ingin membantu diri sendiri,keluarga dan orang lain..tapi bila fail.give up..Jadi saya akan ingat sebab apa saya mula..

jadi apa BIG WHY anda dan agen anda ?

#mybigWHY
#bantudirisendirikeluargadanoranglain
#tqCEOmhamsb





Sunday, December 11, 2016

Sanggupkah kau susah ?

Emas juga harus digali kan ? Manakan emas tu nak timbul sendiri kalau tak digali ? Lepas gali , banyak lagi proses pulak tu .

Berlian juga harus digali kan ? Harus digilap lagi untuk jadikannya bersinar pula tu . Nak jadikan cincin lagi la banyak kerja nak buat .

Pisang pula harus ditunggu sementara nak ranum kan ? Pisang goreng tak tumbuh di pokok bukan ?

Pernah ke masa nak dapatkan sesuatu , benda tu terus datang ? Kita samada kena tunggu atau usaha untuk jadikan kenyataan betul ? Inilah hukum hidup . Don't complicate things . We are living in a real world .

Sedarlah yang penantian atau kesusahan itu adalah satu process . Bukannya  sumpahan atau nasib malang seperti yang kita anggap . Jangan uninstall otak tu boleh ? We need it menggg . Jangan risau sangat . Jangan risau sangat dan jangan risau sangat .

Takdir tak pernah diketahui oleh sesiapa . Tapi itu bukan reason kita nak rasa insecure or takut tak jadi . Its all about our will power . Our heart . Our faith . Our effort . But surely izin dari Allah . Kita tak perlu maksum tak berdosa untuk dapat blessing oleh allah . Kita hanya perlu teruskan taubat dan usaha yang tekun

DIA TAHU LAH YANG KITA NI LEMAH DAN SELALU BUAT SILAP . DIA YANG BUAT KITA 😌

Percayalah , mati itu lebih dekat dari kejayaan sebenarnya . Jadi sudah sudahlah kita risau . Stay true , stay loyal dan stay focus .

Bila buat sesuatu , jangan cari alasan nak lepas tangan , sentiasa percaya allah ada sentiasa dengan kita walaupun kita banyak buat dosa . Dia maha penyayang dan maha pengasih , waktu kau susah , dia lagi dekat sebenarnya sebab kita automatically akan cari dia waktu susah . Tu pasal waktu kita senang pun dia bagi masalah sebab kita terkadang lupa yang BLESSINGS DIA LAGI BANYAK DARI MASALAH .

Jika anda ada anak , bimbing
Jika anda ada isteri , bimbing
Jika anda ada murid , bimbing
Jika anda ada pengikut , bimbing
Jika anda ada adik , bimbing

Regardless berapa besar dosa anda pernah buat .

Teruskan walau susah . Teruskan walau penat , teruskan walau letih , teruskan walau kosong . Teruskan walau perit . Mungkin kejayaan ada depan tu je . Dengan give up , masalah tak selesai . Kat semua ceruk dunia ni ada masalah Sentiasa percaya pada allah . Jangan dengar cakap syaitan .

Allah takkan bagi negative thoughts pada kita . Yang bagi negative thoughts tu adalah syaitan . Takkan tak perasan lagi ? Kita dah nak 30 , 40 , 50 dah . Sikit lagi tu nak menghadap dia .

Berbincang jika ada masalah . Jangan lari jangan berdiam diri . Keindahan berbincang itu tak dapat dinikmati dengan melarikan diri dari masalah

Jangan cepat terperdaya dengan kesenangan kesenangan yang dilihat di social media . Manusia paling kaya kat dunia si bill gates tu pun reveal yang dia punya masalah banyak walau duit dah nak dekat 100 billion . Inikan lagi anak anak dalam facebook dan instagram . Jangan terpedaya sangat . Banyakkan belajar tentang reality dan belajar untuk gembira dalam hidup walau dalam kesusahan .

Kita kena sanggup susah untuk elakkan diri kita tak focus masa nak bina sesuatu . Focus focus focus

" orang yang sanggup susah akan merasakan senang seperti janji allah didalam surah al insyirah , orang yang takut susah akan sentiasa tidak tenang sampai bila bila "

Sir Amer
Founder
HAUS Hub Holdings (M) Sdn Bhd

#cnp dari watsp group





Seorang ayah berkata kepada anaknya. "Tahukah kamu, wahai anakku! Nk masuk syurga itu percuma, dan neraka kena bayar"

Jawab anaknya, "Kenapa nk masuk neraka kene bayar?"

Jawab ayahnya,
~jika berjudi kene bayar
~jika minum arak kene bayar
~jika merokok kene bayar
~jika nk pergi ker tempat maksiat kene bayar

Dan ketahuilah anakku, masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberi modal yang sangat banyak kepada kita

~jika nk solat, tak perlu bayar
~jika nk puasa, tak perlu bayar
~jika nk berzikir, tak perlu bayar
~jika nk beristighfar, tak perlu bayar

~~~~~~~~

Wahai saudaraku menyebarkan mesej ini juga percuma. Tetapi jika ada yang mengamalkan, kita mendapat ganjaran pahala berganda.

Moga bermanfaat.





Saturday, December 10, 2016

JGN BANGGA DGN BNYK SOLAT, PUASA DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH GEMBIRA...

TAZKIRAH SUBUH:

MAU TAHU APA YG MEMBUAT ALLAH  SUKA ???

*Nabi Musa :* Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah.
Lalu manakah ibadahku yg membuat Engkau SUKA ?

*Allah :*
SOLAT ?
Solat mu itu utk mu sendiri, kerana dgn mengerjakan Solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar.

*ZIKIR ?*
Zikir mu itu membuat hatimu menjadi tenang.

*PUASA ?*
Puasa mu itu melatih diri mu utk memerangi hawa nafsu mu.

*Nabi Musa* : Lalu apa ibadah ku yg membuat hati Mu senang Ya Allah ?

*Allah :*
SEDEKAH, INFAQ dan ZAKAT serta AHLAQUL KARIMAH mu.

Itu lah yg membuat Aku senang, kerana tatkala engkau membahagia kan org yg sedang susah, Aku hadir disamping nya. Dan Aku akan mengganti kan dgn ganjaran 700 kali  (Al-Baqarah 261-262)

Nah, bila kamu sibuk dgn ibadah ritual dan bangga akan itu... maka itu tanda nya kamu hanya mencintai diri mu sendiri, bukan Allah.

Tapi, bila kau berbuat dan berkorban utk org lain, bersedekah, infaq, berzakat utk org lain, serta melunak kan hati mu kepada org lain... maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang kerananya.

Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dgn membuat hidup mu lapang dan bahagia

_(Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)_

Note:
Sedekah yg terbaik adalah bersedekah disaat kamu miskin.





JANGAN DIREMEHKAN...

• Jika kita melihat seekor semut terpeleset dan jatuh di air, maka angkat dan bantulah ia.. barangkali itu menjadi penyebab keampunan bagi kita di akhirat..

• Jika kita menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu perjalanan orang lain, maka singkirkanlah ia, barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalan kita menuju ke syurga..

• Jika kita menjumpai anak ayam terpisah dari ibunya, maka ambil dan bawakan ia ke ibunya, semoga itu menjadi penyebab Allah S.W.T mengumpulkan diri kita dan keluarga kita di syurga-Nya..

• Jika kita melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah dia.. barangkali itu menjadi penyebab kelapangan rezeki kita di dunia..

• Jika kita bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba’ ta’ kepada anak-anak kita, setidak-tidaknya itu menjadi amal jariah untuk kita.. yang tidak akan terputus pahalanya meskipun kita berada di alam kubur..

• Jika kita tidak boleh berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisan kita dari kata-kata yang boleh menyakiti.. setidak-tidaknya itu menjadi sedekah untuk diri kita..

• Janganlah pernah meremehkan sekecil apapun kebaikan, kerana boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan kerana panjang solat malamnya tetapi boleh jadi kerana baik akhlak dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda..

• Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikit pun, meskipun (hanya) kamu bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum.” - Hadith Riwayat Muslim..
.
#muhasabahdiri
#salammaulidurrasul





*BIODATA RASULULLAH S.A.W*

🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

🎈 *USIA 5 TAHUN*

💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

🎈 *USIA 6 TAHUN*

💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

🎈 *USIA 8 TAHUN*

💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

🎈 *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

🎈 *USIA 20 TAHUN*

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

🎈 *USIA 25 TAHUN*

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

🎈 *USIA 35 TAHUN*

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

🎈 *USIA 40 TAHUN*

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

🎈 *USIA 53 TAHUN*

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

🎈 *USIA 63 TAHUN*

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
💞  _"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_.  _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

🎯 *KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.
💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
💞 Wajahnya seperti bulan purnama.
💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.
💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
💞Rambutnya sedikit ikal.
💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
💞 Rambutnya terbelah di tengah.
💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
💞Seimbang antara kedua bahunya.
💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
💞Warna putihnya lebih banyak.
💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
💞Warna kulitnya putih tapi sihat.
💞Kulitnya putih lagi bercahaya.
💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
💞 Badannya tidak gemuk.
💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
💞 Perutnya tidak buncit.
💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

🎯 *KESIMPULANNYA* 🎯:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

*Nota Kaki :*
_Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk_
_mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya





Wednesday, December 7, 2016

💣 5 KESILAPAN ORANG BISNES 💣

Bismillah, sila buka minda dan baca betul-betul. Utamanya kalau awak seorang peniaga online atau ada perancangan nak buat bisnes online ;)

1 : Gelojoh ➡ Sikap gelojoh membuta ni tolong buang jauh-jauh. Customer whatsapp tanya details, pum pang pum pang, awak terus balas sepanjang-panjangnya details produk lepastu terus bagi harga + no akaun dan soalan
"sis nak berapa pack?" 😒😪

2 : Pemalas ➡ Customer tanya, awak jawab acuh tak acuh. Macam malas sangat dah nak layan. Perangai macam tengah balas whatsapp boyfriend waktu merajuk
"Bae , you marah i ke?" "Tak" 😪

3 : Amaran➡ Belum apa-apa lagi dah bagi amaran dekat customer dalam details produk 👉
"Back out buyer will be block"
"No fussy buyer"
"Barang pre-order, tak boleh sabar jangan beli" 😳

4 : Carut ➡ Ingat, kita ni berniaga , jadi punca rezeki kita datangnya dari orang yang membeli. Ini tidak, customer tanya banyak sikit, dah carut-carut dalam hati. Customer cakap tunggu gaji, dah maki hamun dalam hati. Customer kata survey dulu, dah meroyan bagai. Ye, memang awak buat semua tu dalam hati tapi sedarlah sikit Allah tu tahu ok

5 : Sarcastic  ➡ Suka sindir customer . Tak puas hati sikit update status menyindir. Bukan takat status facebook, sekali dengan whatsapp status, sepakej terus. Aduii , bersungguh ya amat 😂

Nak bisnes buat betul-betul , layan customer elok-elok macam mana yang awak nak orang layan awak time membeli. Bukan nak ajar korang suruh acah-acah bagus tapi tahukan maksud 'orang berbudi kita berbahasa'? Dia beli tak beli tu belakang cerita, yang penting servis biar tip top dulu. Train diri sendiri , one day dah jadi big boss boleh ajar anak-anak buah pulak 💐

Cnp dari group watsap.

Doakan biz saya berjaya dunia akhirat.

#MinyakHerbaAsmak
#UnitTrustConsultant
#PotongRumputBintuluByCombat&Sons
#PenapisAirCuckoo





TENTANG REZEKI

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja di tempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

Ingat! Rezeki itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

Kekadang kita lupa..

- Dapat bos di tempat kerja yang baik pun rezeki...
- Dapat kawan tempat kerja yang baik pun rezeki...
- Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki...
- Kerja tak pressure pun rezeki...
- Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki...

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya. Jom fikir luasnya rezeki. Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki...

Kekadang..

Ada orang direzekikan cantik, tapi tak direzekikan cinta.

Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.

Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang

Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.

Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Tuhan membahagikan rezekinya, jangan sangka kita tak ada rezeki.

4 JENIS REZEKI YANG DIJAMIN AKAN DAPAT:

1) Rezeki yang Allah dah jamin semua dapat. Surah Hud ayat 6.

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

Maksudnya: Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

2) Rezeki yang diberi Allah mengikut kadar usahanya. Surah al-Najm ayat 39.

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

3) Rezeki yang Allah tambah jika kita bersyukur. Surah Ibrahim ayat 7.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

4) Rezeki yang datang secara tidak disangka bagi orang yang bertawakal. Surah al-Talaq ayat 2 & 3

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

#DaieMediaSosialJakim
#sharesekiranyabermanfaat





Tuesday, December 6, 2016

BILA BISNES ANDA GAGAL

1. Jika anda tidak tahu, saya sendiri pernah gagal dalam perniagaan. Lebih kurang 25 tahun yang lalu, saya buka sebuah kedai muzik di Sungei Wang Plaza. Selepas beroperasi selama 2 tahun, saya terpaksa menutup bisnes itu kerana ianya menanggung kerugian besar. (Cerita penuhnya ada dalam buku pertama saya Jutawan Dari Planet Jupiter.)

2. Bisnes itu gagal bukan sebab ianya disabotaj pesaing. Bisnes itu gagal bukan sebab saya orang Melayu. Bisnes itu gagal bukan sebab disabotaj orang bukan Melayu. Bisnes itu gagal bukan sebab tak dapat sokongan kerajaan. Bisnes itu gagal sebab ilmu bisnes saya masa itu terlalu cetek.

3. Saya tahu yang saya perlu menambah ilmu bisnes dulu jika saya mahu berjaya dalam bisnes.

4. Jadi saya pun menambah ilmu dengan membaca ratusan buku tentang kewangan dan bisnes. Saya balik ke kolej untuk mendapatkan MBA. Dan saya bertanya i.e. belajar daripada beberapa usahawan yang berjaya.

5. Alhamdullilah, ceritanya menjadi lebih indah selepas insiden pahit itu. Hari ini, saya mempunyai beberapa bisnes yang berbeza, multiple streams of income (MSI), lebih berharta, lebih bahagia dan lebih berguna kepada klien, masyarakat dan negara.

6. Walaupun memang betul ada bisnes yang gagal kerana outside parties atau events, most of the time, bisnes itu gagal kerana pengusahanya kurang ilmu dan pengalaman bisnes.

7. Jadi apabila anda gagal, jangan terlalu cepat untuk menyalahkan orang lain, bisnes lain dan bangsa lain. Saya sedar ianya AMAT SENANG UNTUK MENYALAHKAN OUTSIDE PARTIES – pesaing, supplier, kerajaan, keadaan ekonomi, menteri kewangan, MARA, orang bukan Melayu – so that is exactly WHAT MOST FOOLS DO. Tindakan itu juga mungkin menyedapkan hati serta mungkin menutup kekurangan diri anda. Tetapi ianya tidak menanganikan masalah utamanya – kekurangan ilmu anda.

8. But the good thing is that you can become better. Jadi tambahkan ilmu, tambahkan usaha, tambahkan pengalaman. Kemudian cuba lagi dengan lebih bijak.

9. It will be better the next time around.

10. Sila kongsikan jika anda bersetuju dengan poin post ini.





Monday, December 5, 2016

*Komen Jack Ma*

"Apabila melakukan Jualan, orang pertama yang akan mempercayai anda adalah orang asing, sebaliknya kawan2 akan menghindari anda, rakan2 akan menjauhkan diri dari anda dan keluarga akan memandang rendah atau memperkecilkan anda.."

Pada waktu setelah anda akhirnya berjaya, membayar semua bil2 untuk setiap keramaian dan hiburan bersama-sama, anda akan sedar:

SEMUA ORANG YANG MEMPERKECILKAN ANDA ADA BERSAMA KECUALI Orang Asing!

Betul ke Betul 😉😉

Cnp dari wsp group.

Tapi tak apa. Saya share biz saya.

#MinyakHerbaAsmak
#UnitTrustConsultant
#PotongRumputBintulu
#PenapisAirCuckoo

Blog berkaitan. Jemput ke kedai alam maya saya ye.
Potong rumput
Penapis air
Biznes, keluarga, kewangan





📿Assalamualaikum..

Tajuk tazkirah hari ini
🌷ALLAH RINDU 💞

✍🏻pernah tak tiba tiba rasa sebak? 😔
✍🏻pernah tak tiba tiba rasa sedih? 😪
✍🏻pernah tak tiba tiba rasa rindu? 😞
✍🏻 Jiwa Kosong 😭
✍🏻Tapi semua tak tahu kenapa. 😥💡Tak tahu sebab apa.😰

✍🏻Sahabat sekalian. Itu tandanya Allah rindu.💖 Allah rindu rintihan doa dan hajat kita. Cuba ingat balik. Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah? 🙇🏻

✍🏻semalam? 🤔
✍🏻kelmarin? ..😢
✍🏻minggu lepas?😔
✍🏻tak pernah langsung?😱

☝🏻Bila tiba- tiba rasa nak menangis. Sebak rasa macam tak kena. Ingatlah. Allah sedang rindu akan kamu. 😭

✍🏻Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu. Padahal takde ayat touching pun. Tapi kita yang over over nak se sebak pulak. 😪
☝🏻Tidak...Sebenarnya Itu rasa Allah yang bagi.💗

Cuba kalau...🤔
✍🏻Rasa sedih sebak nak menangis.
Kita cepat cepat pergi toilet.
Cari paip. Bukak paip.
Mandi? Tak. Ambil wudhu'. Masa ambil wudhu' tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu'. Konfem makin lebat hujan air mata. Sebab ape? Sebab nak pergi jumpa Allah ni.☺ 🌷💞

✍🏻Hamparkan sejadah. Solat lah. Doa lah. Minta lah. Allah dengar. Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu.😭

😄Nah. Lepas siap mengadu. Mesti rasa lega. Sebab Allah dah dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang.💕

..Wahai sahabat.. ✍🏻📿
walaupun tiada bahu untuk bersandar untuk melepaskan rasa sedih😭 kecewa😔 marah,😒
tapi....

😊👉🏻Kita masih ada tempat untuk bersujud. Kita masih ada Allah untuk mengadu segala masalah...👍🏻

👉🏻Okay. Jangan sesedih ,Allah selalu bersama kita
La tahzan. Innallaha ma'ana. .. ☺🌹

~Wallahu'alam 😊🌷💞





SOLAT DHUHA

💛Waktu Solat Dhuha💛

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

💚Cara Mengerjakan Solat Dhuha💚

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakkat sehinggalah 12 rakaat (2 Rakaat 1 salam), tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

Ushallii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.
Ertinya: ”Sahaja aku Solat dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”

1. Membaca Surah Al-Fatihah
2. Membaca Surah - Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

i/  Ayat al-Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
ii/  As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
iii/  Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).

💙Bacaan Semasa Sujud Akhir💙

Wahab Li Ya Wahhab Ilman Wa Hikmatan War Zurqni Ya Razzaq Kulli Musahala
(Kurniakanlah kepadaku ilmu dan hikmah Wahai Tuhan Yang Maha Pemberi dan kurniakanlah rezeki
padaku Ya Tuhan Yang Memberi Rezeki Dengan Senang.

💜Doa Selepas Solat Dhuha 💜

اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ،
وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ،
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ،
وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ،
وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ.
اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ
وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ
آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya ALLAH,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..

~Aamiinn Ya Rabbal Alamin..~

#jomamal
#jombelajar
#jomsyukur





Sunday, December 4, 2016

SABOTAJ DIRI

Apakah maksud sabotaj diri?

Suka merendahkan diri sendiri.

Belum buat, dah kalah.
Belum buat, dah merungut.
Belum buat, dah surrender.
Belum buat, dah give up.

Ayat-ayat yang biasa di tuturkan pada diri sendiri.

"Ko buat lah dulu, aku belum boleh lagi"
"Aku tak mampu nak buat macam ko"
"Aku memang tak boleh buat"
"Hishhh, tak mampu aku"

Bak kata AO -- ayat mantera yang selalu di ucapkan kepada diri sendiri di dalam seharian hidup kita.

-- Tak boleh
-- Tak pandai
-- Tak tahu

Belum apa-apa, dah sabotaj diri.

Guane?

Perkongsian dari
Reni Bt Rahmat

Selamat pagi ahad Mhamers
Kita semua adalah #mhamersfamily
#mhamsb komited ingin terus membantu semua pengedarnya.

Tapi ia hanya akan berjaya,jika anda sendiri ada inisiatif untuk membantu diri sendiri.
Ayuh bangkit semua.

Pasang azam  untuk 2017 hari ini.☺

Pesanan daripada CEO MHAMSB.





Thursday, December 1, 2016

Pengedar yang menzalimi HQ

Selalu kita dengar,HQ menzalimi agen,cantas pelanggan agennya,cantas agen stokisnya,tak jaga harga,tak bantu marketing,mempergunakan agen untuk naik bila dah femes HQ yang jual pada end user,tolak pemborong.

Tapi jarang kita dengar pengedar menzalimi HQ kan?

Nak tahu macam mana seorang pengedar boleh menzalimi HQ?

+HQ keluarkan kos yang besar untuk marketing dan branding ,lepas tu bagi pelanggan yang mereka dapat pada agen,bagi prospek agen pada stokis.Bukan itu sahaja,HQ menggajikan staf untuk closed deal,pass pada agen tinggal nak closed sale je.Dah senang dah sebenarnya sebab tak perlu susah-susah dah nak closed deal.

+Tapi apa agen buat?
-Dapat pelanggan layan tak layan.
-Dah bagi nombor tel pagi,malam pun dia belum hubungi pelanggan lagi.
-Tidak beri info yang tepat
-Pelanggan tanya sikit dah tak tahu nak jawab sebab tak peduli pun dengan info yang HQ beri dan leader dia bagi.
-Lepas jual blah macam tu je,tak bagi cara pakai apatah lagi personal touch
-Tak follow up pelanggan
-Lagi tak boleh tahan,dia buang harga senyap-senyap (ala,bukan HQ tau pun kan..tapi dia lupa malaikat tak berhenti mencatat segala amalan termasuklah pecah amanah)

Syarikat akan rugi jika pengedarnya terus bersikap sedemikian.

Apa tindakan yang harus HQ lakukan untuk atasi masalah ini?

+Sentiasa ingatkan pengedar SOP yang syarikat tetapkan
+Mengenalpasti pengedar kawasan yang memang berkaliber dan komited
+Blacklist pengedar yang tidak melayani pelanggan dengan baik

Sebab itu pentingnya jadi HQ yang tahu menjual.Kami baru pass prospek semua pada pengedar sekitar awal bulan 7.

Sebelum itu kami pun menjual.Tak boleh nak kata HQ bergantung dengan agen,malahan MHAM HQ pass pelanggan pada agen sedangkan boleh sahaja jual direct.Dalam masa yang sama,HQ tidak menafikan kepentingan agen di lokasi kerana bila stok mudah didapati pelanggan suka.Maka hubungan di antara HQ dan pengedar adalah win-win situation.

Cuma pengedar hargailah usaha HQ yang berterusan buat marketing dan branding dengan kos yang besar sedangkan pengedar sendiri tak sampai 10% yang sanggup keluat duit untuk buat marketing.Jika pengedar sayang duit yang belum dikeluarkan,agak-agak HQ lagi sayang tak kos yang telah dikeluarkan tetapi dipersiakan?

Fikir-fikirkanlah bersama

Alhamdulillah pengedar MHAMsb adalah antara pengedar terbaik yang pernah saya kenali.Peratusan pengedar bermasalah sangat rendah.Setakat ini ramai memuji team pengedar MHAMsb.Tetapi jika ada yang tak kena,jangan segan-segan buat aduan untuk diperbaiki apa yang patut

Sekadar perkongsian,rajin pula nak menaip petang-petang ni

😊😊😊

#teamMHAMers
#MinyakHerbaAsmak
#BestTeamEver
#BanggaDapatHQMHAMSB

Cnp dari founder





Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...