Thursday, October 6, 2016

 11:40 AM      No comments
Assalamualaikum,

Lama tak bersiaran...

Kali ni  saya nak bagi tips sikit tentang macam mana kita nak bebas hutang ni.
Saya doakan sesiapa yang membaca entri kali ini  dapat keluar dari beban hutang ni.

Kita boleh je berhutang, tapi pastikan hutang tu tak membebankan kita . 


Teknik bebas hutang:

Image result for tips bebas hutang

Teknik #1 : Hidup di bawah paras kemampuan kita - 

contohnya kalau kita mampu guna kereta Proton Preve, apa kata kita guna kereta Proton Saga BLM sahaja. 

Teknik #2 : Jangan beli kalau tak mampu - 

kalau kita nak beli barang seperti smartphone ke, kita tunggu dulu sehingga duit cukup baru lah beli cash, kan ke kita boleh elakkan hutang tuh. Walaupun sedikit, tapi kalau kita amalkan menjadi tabiat yang baik.

Teknik #3 : Langsaikan hutang yang interest tinggi dulu - 

sebagai contoh, hutang kredit kad 15% ( credirt cards ) kena langsaikan dulu daripada hutang car loan 3 - 5% sahaja.Senaraikan hutang-hutang kita dan cuba selesaikan yang ada interest paling tinggi.

Teknik #4 : Buka akaun Full Settlement hutang -

 akaun ni adalah untuk simpan duit yang akan di gunakan untuk bayar hutang-hutang sekali gus. Stanby akaun ni nak simpan sikit-sikit. Bila dah cukup, bayar kereta sepenuhnya. Dapat la jimatkan interes bank tu kan.

Teknik #5 : Simpan bonus dalam akaun Full Settlement hutang - 

dapat bonus simpan, jangan membazir. Orang kata nak rewards kat diri juga kan, boleh le juga tapi jangan yang mahal-mahal. Simpan dalam akaun Full Settlement hutang untuk bayar hutang nanti.

Teknik #6 : Simpan kenaikan gaji -

 kenaikan gaji sila simpan. Katakan kenaikan tahunan rm150, simpan dalam akaun Full Settlement hutang. 

Teknik #7 : Bila dah settle satu hutang, simpan bayaran bulanan tu dalam akaun Full Settlement hutang -

Lagi le cepat akaun ni meningkat kan. Kena kosisten  le kalau nak berjaya. Nak hidup bergaya, sabar le dulu.

Teknik #8 : Bayar hutang secara automatik - 

Buat standing instruction supaya kita tak lupa hutang kita untuk di bayar setiap bulan. Nanti ke caj lain pula kalau lupa kan.


Kredit To :Tips Bebas Hutang




Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...