Saturday, October 15, 2016

Assalamualaikum

Salam manis buat semua yang membaca blog Adhdhuha.com.

Entri hari ni santai-santai je. Saja nak cerita apa yang berlaku sepanjang hari ini. Mungkin bagi orang lain, lain pula ceritanya. Tapi, ini cerita saya😊

Alhamdulillah, banyak yang terjadi hari ini. Penatla juga. Maklumla, banyak benda yang dibuat dari pagi, sampaila ke saat saya menulis entri ini.

Pagi tadi, selepas solat Dhuha, saya dan anak-anak keluar menghantar Minyak Herba Asmak kepada investor Public Mutual saya. Anak-anak saya tinggalkan di Kolam Renang BDA. Mereka mainla air sampai kecut semua badan. Sementara saya berurusan dengan Mdm M di Tadika anak Mdm M. Seusai sudah urusan dengan Mdm M, saya ambik anak-anak dan balik ke Jepak. Dalam kereta mereka tidurla. Penat mandi kolam.

Sampai di rumah, tangan-tangan sotong ni mulala bekerja.😀. Masak untuk anak-anak. Lepas masak, tidurkan si Bukhari pulak. Dia tidur, sedia untuk solat Zohor. Lepas Zohor, makan la pula.

Dah kenyang, rehatkan perut kejap. Lepas tu tolong si Combat @Cantek ankut batu dan pasir ke rumah. Baiki bilik air la pulak. Alhamdulillah, ada orang hantar kereta untuk 'touch-up'. Ada la ongkosnya untuk membeli simen sekampit dua. Tolong pula si Combat @Cantek gosok kereta. Alhamdulillah, petang dalam jam 4 dah siap.

Solat Asar ......

Sambung balik angkut batu dan pasir. Combat, anak-anak dan Atok, membancuh simen.

Sampai ke Maghrib tadi kami kerjakan di bilik air tu. Insya Allah esok sambung.

Apa yang saya cuba sampaikan kat sini ialah, kudrat 4 kerat yang Allah beri ini kita kena syukuri. Alhamdulillah Allah masih beri kesihatan dan kekuatan fizikal.

Moga Allah beri kemudahan dalam apa yang kita kerjakan.

Tolong doakan kami jugak ye.

Ada masa nanti, saya tunjukkan gambar -gambar aktiviti sepanjang hari ini tadi.

#AllahMahaBesar
#ProjekBilikAir





Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...