Monday, October 17, 2016

Cara Semulajadi Untuk Halau Nyamuk Dari Tempat Tidur Anak
.
Nyamuk di dalam rumah memang jadi masalah besar, lagi-lagi jika ada anak kecil di rumah. Silap-silap kita pun tak tidur malam jadinya. Nak guna ridsect, risau pula kut-kut ada kesan jangka mas
a panjang kepada kesihatan kita. Tak semua bahan kimia tu selamat.
.
Nak halau nyamuk dengan semulajadi ada beberapa cara. Di bawah ni adalah antara cara-caranya.
.
Hirisan kulit limau 


 Nyamuk memang anti dengan aroma yang keluar dari kulit limau. Hiris dan bungkus dalam kain berjaring seperti bunjut, dan gantung di tempat yang sinonim dengan nyamuk. Contohnya di bawah kalit atau celah almari.

Kapur barus


 Perasan tak, almari yang diletak ubat gegat atau kapur barus, biasanya nyamuk tak berani masuk. Jadinya, ambil kapur barus dan letak di tempat yang strategic.

Ais kering –


Cara ini agak memakan masa, tapi sangat efektif. Nyamuk tertarik dengan gas karbon dioksida yang kita hembus dari nafas. Ambil ais kering yang diletak di dalam bekas dan letakkan bekas tersebut di satu tempat yang jauh dari tempat tidur. Seeloknya, letakkan 2-3 jam sebelum waktu tidur.
.
Selamat mencuba!
.

#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak





Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...