Tuesday, October 18, 2016

 7:57 AM         No comments

Image result for arnab dan kura-kura
Hebatnya Kura-kura Berbanding Arnab😊

Saya percaya ramai yang sudah pun tahu cerita ini. Kalau ketika kita masih kecil mungkin kita akan ingat cerita bagaimana dalam satu perlumbaan kura-kura & arnab, kura-kura berjaya memenangi perlawanan lumba lari.

Mentaliti Arnab~ " Aku boleh sampai lagi cepat sebab aku boleh lari lebih laju dari kura2 tu! hehe.." Akhirnya beliau tidur di sebatang pokok. Lena habaq hang.

Mentaliti Kura-kura~ " Aku rasa macam tak menang, tapi takpalah yang pe
nting aku mencuba dengan istiqamah! Hehe .." lantas kura-kura terus berlari dengan konsisten walaupun sangat lambat.
=
Apa persamaan mereka?
=
Mereka sedang menuju ke destinasi yang sama.
Mereka ada objektif yang jelas.
=
Apa perbezaan mereka?
=
PERTAMA: Kura-kura tahu jika beliau cuba berlawan dengan kayu ukur kelajuan & kepantasan, maka dia akan kalah.

Tapi pada masa yang sama dia nampak kelemahan arnab adalah pada "keegoaan & overconfident" sehingga beliau berlengah2 untuk sampai ke destinasi.

Kura2 bijak mengambil kesempatan atas kelalaian pihak lawan.

Keypoint
 Bijak & Pantas Mengambil Peluang di atas kelalaian pihak lawan.

KEDUA: Kura-kura tahu dengan kekurangan yang dia ada dari sudut pergerakan yang lambat, beliau tidak boleh terpengaruh, stress dan terpesona dengan KEHEBATAN ARNAB & perkara2 yang boleh melambatkan beliau sepanjang perjalanan.

Jadi kura-kura tekad dengan prinsip "TIDAK MENGALAH, JALAN TERUS DAN JANGAN HILANG FOKUS".

Justeru kura-kura terus berlari dengan gaya tersendiri sampai ke garisan penamat sekalipun mungkin ada halangan yang menghalang di tengah jalan2 seperti kata-kata cemuhan dari kawan yang menjatuhkan.

Keypoint: Istiqamah, terus & fokus.

Kedua-dua point di atas nampak lebih kurang sama, tetapi sebenarnya dalam hidup mencapai kejayaan kita banyak meniru apa yang orang lain buat. Tanpa cuba mencungkil dan mengasah bakat yang kita sebenarnya ada.
=
Pengajaran Penting
=
"Kita nampak orang ini HEBAT, dan rasa..aku mungkin tak dapat jadi seperti dia, dia dah hebat.."

"Dia dah tiru produk aku, abislah USP aku dia amik. Bajet dia pulak lagi besaq dari aku. Abislah aku.."

"Dia dah ramai follower, aku berapa cangok je.."

Ini merupakan bisikan-bisikan yang bukan kita sahaja alami, tetapi mereka juga alami.

Tetapi mereka abaikan bisikan-bisikan itu & kata-kata sinis luaran. Mereka jelas destinasi dan mereka jalan terus walaupun mereka tahu ianya agak lambat.
Dalam kata lain mereka ada mentaliti "Kura-kura"
.
.
.
Jadi nak jadi arnab ke kura-kura?
.
.
.
P.s ~ Tulisan ini saya karang selepas kebetulan ramai orang share video kura-kura & arnab live. Nampak arnab selesa dan bangga dengan pujian orang ramai. Hilang fokus dan sebagainya.
Cerita ini ada sedikit ubah suai dari cerita rekaan penulis awal. Fokus pada pengajaran.
Semoga bermanfaat guys!

kredit : Tn Harith Soleh
Cnp dari Nor Fazilah Abd Mohd. Tq banyak ye




Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...