Tuesday, October 18, 2016


APA HALANGAN KITA?

Image result for halangan
Sebenar-benarnya, apa halangan kita ye?
Maksudnya, apa yang membuatkan kita berhenti untuk melakukan sesuatu walaupun kita mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya?
Adakah kejayaan dapat di capai dengan kelip mata 2 kali?
Dalam diri manusia itu sendiri mempunyai banyak ketakutan.
+ Takut kena reject
+ Takut apa orang kata
+ Takut miskin
+ Takut kaya
+ Takut tak jadi
+ Takut tak selesa
Macam-macam takut!
Yang membuatkan kita tidak BERGERAK-GERAK dari zon selesa, bukan sebab tak ada modal sangat pun,
Tapi, sebab kita BELUM BERJAYA merobohkan tembok ketakutan di dalam diri kita sendiri.
Ketika saya masih bekerja dahulu, ia mengambil masa hampir 3 tahun untuk saya merobohkan tembok ketakutan di dalam diri.
Perkara yang paling saya takut untuk membuat keputusan berhenti kerja dan berniaga adalah ...
+ TAKUT TIDAK BOLEH SURVIVE
Senang cerita, takut bertambah susah, takut miskin
Walhal, perkara-perkara tersebut belum jadi pun.
Tapi, normal pemikiran manusia -- suka jadi nujum pak belalang.
Suka ambil alih tugas ALLAH.
Meramalkan perkara-perkara yang negatif dahulu.
Walaupun perkara tersebut TAK CONFIRM jadi pun.
Dan sesungguhnya, apa yang saya takutkan dan ramalkan itu,
TAK JADI PUN.
Maka, jika di tanya kepada saya,
Untuk bermula sesuatu --- terutamanya perniagaan, adalah
+ Kurangkan alasan
+ Mulakan bertindak dengan ilmu
+ Atasi halangan dan ketakutan dalam diri
In shaa Allah, Allah pasti permudahkan.
Kata kuncinya ---- YAKIN.

Perkongsian di atas dari Pn Reni bt Rahmat.





Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...