Friday, October 28, 2016

Assalamualaikum,

Moga hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini saya nak share sikit tentang apa yang Mr Syamzari kongsikan kepada kami ( Public Mutual Consultant ) pada 24 Oktober 2016 yang lepas.

Maaf ye. Entri ini akan guna campur-campur bahasa ya.

Mr Syamzari nak reveal macam mana dia boleh close sale Public Mutual 10 Mill / year..

 -Jawapannya ialahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh:::

Sebab dia close sale RM 1 Mill/ month. Simple as that!

Ternganga jugak mulut saya dan rakan lain . 'Simple as that!!!!!!! Sales saya pun belum pernah capai 1 Mill. inikan pula 1 Mill/ month.

Image result for 1 million dollars


Ok. Done.

Sekarang Mr Syamzari bagi 10 tips yang awesome.

1Image result for you are what you think

1) Be mentally prepared

Image result for know your purpose in life
2) Know your purpose

- Stick to your BIG Why.

Image result for rebranding yourself
3) Rebranding Yourself

- Be different & Irreplaceable.

Image result for be creative and daring
4) Be creative & be daring

- Think fast & act Faster.

5) Use different approach

- Consultant VS Salesperson

Image result for manage time

6) Manage your time .

- Be a real consultant.

Image result for power of buddy

7) Use the power of Buddy.

- Work with partner.

Image result for be extraordinary

8) Be extraordinary of everything.

- Do beyond the ordinary.

Image result for energy high

9) Keep your Energy High.

-Create short term goal

Image result for build legacy

10) Build your legacy

- Sharing to the top.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Best tak sharing dari Mr Syamzari tu?

Sebenarnya nak rungkaikan apa yang ada dalam setiap point tu. Nanti ada ada masa saya edit ye. Sebab dalam kepala banyak idea. Tapi macam tak berapa pandai nak ulas...

Itu sahaja buat kali ini.

Saya Unit Trust Consultant Public Mutual.

Hafsah Mohamad Ali

014-2339501







Wednesday, October 26, 2016

Sempena Menjelang Hari Deepavali Beberapa Hari Lagi, Ada Baiknya Kita Semaikan Semangat 1Malaysia Dgn Belajar Bahasa Tamil.

Anne - 1
Rende - 2
Monre - 3
Nalle - 4
Anje - 5
Arre - 6
Yelle - 7
Yetthe - 8
Ompathe - 9
Patthe - 10

Makan - Sappathe
Minum - Kudingge
Pergi - Po
Rumah - Viddu
Ayam - Koli
Kaki - Kal
Susu - Paal
Waktu - Mani
Tulis - Ellethu
Baca - Padi
Duit - Valli
Cakap - Soll, Pese
Sekarang - Ippo
Diam - Sattham
Bahaya - Apayam
Cikgu - Asriyar, Sir
Nanas - Nannasi
Emak - Amma
Bapak - Appa
Adik Perempuan - Thanggachi
Adik Lelaki - Thambi
Saya - Yen, Naan
Kemana - Yengge
Ramai, Banyak - Rombe
Cantik - Allagana
Bunga - Pu
Sekolah - Pallikudem etc.

Contoh Ayat :

Awak Nak Pergi Ke Mana...

"Nengge Yengge Po Gringge"

Saya Nak Pergi Minum Teh...

"Ennekke Kadaike Teh Tanni Kudingge"

Berapa Duit...

"Enna Valli"

Tolong Diam...

"Sattham Pogage"

Apa Yg Awak Cakap Ni...

"Ni Enna Solgiren"

Sekianlah Kelas Bahasa Tamil Utk Hari Ini.

Kalau Ade Yg Tergigit Lidah...Sori.

Most Important...
Jgn Lupa Goyangkn Kapla Time Ckp Yea.
😬😬😬😂😂😂

Kalau salah tolong betulkan.

Cnp je.

Selamat hari Deepavali





Monday, October 24, 2016

Assalamualaikum,

Entri kali ini lebih kepada soalan yang sering ditanya apabila ada pembeli  nak beli Minyak Herba Asmak ni.

Berikut soalan-soalan dan jawapan yang telah diberikan. Kalau nak tanya soalan lain pun boleh juga.

1) Minyak Herba Asmak boleh digunakan oleh orang tua atau bayi ?

Minyak Herba Asmak sesuai untuk semua peringkat umur dari yang baru lahir sehinggalah kepada orang tua kerana testimoni yang kami terima menunjukkan keberkesanan pada semua peringkat umur.Malah ada banyak testimoni bayi pramatang juga serasi menggunakannya.

2) Kandungan Minyak Herba Asmak ?

Minyak Herba Asmak ini diperbuat daripada minyak zaitun,minyak kelapa dara,habatussauda,pati gamat dan herba terpilih yang bukan sahaja selamat,tapi suci.Gunakan tanpa was-was kerana ia adalah hasil dari R&D (Research & Development ) @ Penyelidikan dan Pembangunan dan menggunakan Teknologi Nano.

3) Apa kegunaan Minyak Herba Asmak ?

Telah terbukti dengan banyak testimonial yang diterima,minyak herba asma dengan izin Allah mampu SEMBUHkan asma,semput dengan cepat.

Selain itu,ia mampu menyembuhkan batuk dan selsema serta mencairkan kahak.
Kegunaan lain ialah untuk gigitan serangga,luka,tergeliat,bengkak,lenguh dan sakit gigi.
Testimoni lain yang juga banyak kami terima ialah mampu membantu masalah senggugut,melancarkan darah,sembelit,buasir,strok,sakit kepala,migrain,resdung dan banyak lagi.
Kesimpulannya memang minyak ini satu KEPERLUAN yang mesti dimiliki oleh setiap keluarga dan WAJIB ada di setiap rumah.

4) Macam mana nak guna Minyak Herba Asmak ?

Hanya perlu sapu di leher hingga dada,dari tengkuk hingga ke belakang sekerap mungkin untuk permulaan dan boleh hentikan bila sudah sembuh.Anda perlu rajin dan istiqamah menggunakannya dan kesan boleh dilihat seawal 1 hari -30 hari bergantung pada individu dan cara penggunaan.Cara guna minyak ini yang lebih terperinci beserta tip dan panduan akan diberikan oleh kami selepas pembelian dibuat,jadi jangan risau.Malah anda boleh merujuk kami jika ada apa-apa persoalan

5) Kelebihan guna Minyak Herba Asmak ?

1- Jimat wang tak perlu berhabis untuk ubat,dan rawatan lain yang cuma mengurangkan,bukan MENYEMBUHKAN.
2- Jimat masa,tak perlu lagi ke klinik atau hospital untuk guna inhaler/nebulizer
3-Dengan hanya sebotol sudah boleh rasai perubahan
4- Kesan seawal 1 hari- 30 hari bergantung pada tahap penerimaan dan cara penggunaan.
5- Sesuai untuk semua peringkat umur

6) Apa pula kelebihan Minyak Herba Asmak berbanding denga produk lain di pasaran ?

●Kami ambil masa yang lama untuk menjalankan R&D minyak ini agar ianya selamat dan berkesan lebih cepat.
●Kandungan minyak ini yang telah menjalani R&D lebih selamat,lebih suci,tidak “overdose” bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi.
●Minyak Herba Asmak lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah dan mesra bayi.
●Minyak ini lebih cepat menyerap di kulit,sebab itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh LEBIH CEPAT kerana menggunakan teknologi nano.
●Minyak ini berangin dan tidak panas kerana ianya mengikut piawaian yang ditetapkan dan kandungannya sentiasa sama tidak berubah sebab dihasilkan di kilang yang GMP dan mempunyai sukatan kandungan bahan yang sama.
●Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma,semput,lelah,batuk,kahak,selsema,gigitan serangga,luka,terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut,bengkak,lenguh,buasir,sembelit,senggugut,membantu melancarkan darah,sakit kepala,migrain,resdung,sakit gigi,strok dan ulser.
●Mereka yang mendapatkan minyak R&D akan diberikan rundingan cara pakai mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID.Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.
●Kami memberi jaminan kesucian dan keselamatan produk kepada pengguna.

7) Kat man kita nak dapatkan Minyak Herba Asmak ni ?

Pastikan anda mendapatkan minyak dari pengedar sah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) yang memaparkan No ID sahaja,dan jika anda ragu-ragu,anda boleh meminta ID pengedar dari mereka.Kebelakangan ini ramai pihak yang menggunakan gambar dan bahan pemasaran syarikat tetapi menjual produk lain dan cara ini teramatlah tidak beretika.Sokonglah 1000+ pengedar kami yang berdaftar dengan cara yang sah.
Dapatkan minyak ini dari Pengedar sah yang mempunyai ID dari syarikat MHAMSB sahaja.
Sebarang pertanyaan,sila hubungi no rasmi HQ Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd(MHAMSB) iaitu 0199708897.Maklumkan lokasi dan no tel anda,wakil kami akan menghubungi anda dengan pantas.

Anda juga boleh PM ke fb rasmi syarikat : Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
Website rasmi : Penawarasma.com.my
Website : Penawarasma.com / Bedakasmak.com

*********************************************************************************
Maklumat di atas saya perolehi dari Penawarasma.com

Terima kasih banyak.

Hafsah Mohamad Ali
MH14701
014-2339501




Sunday, October 23, 2016

Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini

1. *Mendengar berita kematian:*

Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

2. *Usung jenazah*

Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di Selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke Selangor untuk dikebumikan.

Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. *Tanam jenazah*

Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu

Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. *Kubur jenazah*

Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

5. *Kenduri arwah*

Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. *Talqin*

Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Adat Masih Boleh Diteruskan Asal Tidak Membebankan & Tidak Bertentangan Dengan Hukum Islam yang Sebenar...

#cnp
#mogabermanfaat





LIMA JARI KITA✋

Image result for jari


1. Ada *IBU JARI* yang selalu berkata baik & menyanjung.
2. Ada JARI TELUNJUK yang suka menunjuk & memerintah.
3. Ada JARI TENGAH yang sombong, hanya kerana merasa paling panjang.
4. Ada JARI MANIS yang selalu jadi teladan, baik & sabar sehingga diberi hadiah cincin.
5. Dan ada JARI KELINGKING yang lemah & penurut.

Dengan perbezaan (kekurangan dan kelebihan) yang dimiliki masing2 jari, mereka bersatu, saling melengkapi dan menjadi kuat.
Falsafah sederhana ini memberi contoh tentang bagaimana kuat dan indahnya kebersamaan dalam hidup. Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu :
* saling menyayangi
* saling menolong
* saling berkongsi
* saling menghargai
* saling melengkapi

Bukan untuk :
- saling menuduh
- saling menyalahkan
- saling merosak
- saling iri hati
- saling memporak perandakan

Semua perbezaan dari kita adalah keindahan, agar kita *RENDAH HATI* dan menghargai orang lain, tidak ada satupun pekerjaan yang dapat kita selesaikan sendirian.
Kita terlihat punya kelebihan, hanya kerana orang lain punya kekurangan. Begitu juga sebaliknya.
Tiada yang benar2 lebih bodoh atau lebih pintar, kerana bodoh atau pintar itu relatif.
Orang pintar boleh gagal.☺
Orang hebat boleh jatuh.☺
Orang kuat boleh kalah.☺
Tetapi...
Orang yang RENDAH HATI dalam segala hal akan selalu mendapat KEMULIAAN!
BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA            

#cnp




Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...