Friday, September 23, 2016

Image result for 6 jars

Assalamualaikum,

Nak share sikit ni. Ini yang saya belajar semasa kelas PM minggu lepas.

Simpan duit secara efektif. Kena ada pembahagian seperti di atas.

6 jars yang yang perlu disediakan.

1) 50 % - Keperluan asas  seperti untuk kegunaan harian, bayar bil dan hutang piutang.

2) 10 % - Financial freedom

3) 10 % - Simpanan jangka panjang  - guna bila nak bersara kelak.

4) 10 % - Pendidikan - untuk kegunaan kita atau pun anak-anak. Tak perlu la nak bergantung dengan
                                     pinjaman semata-mata.

5) 10% - Play - boleh kegunaan hobi atau nak cuti.

6 ) 10% - Give - Zakat , sedekah dan sebagainya.

Kekadang kita lupa, pada bahagian kita, ada milik orang lain.

Selamat menguruskan kewangan dengan efektif . Nanti, saya share yang kekaawan lain buat pula ye.

Hafsah Mohamad Ali
Public Mutual Consultant





Image result for QUIT WORK
Pn Reni bt Rahmat menulis..
Ramai beranggapan.
Berhenti kerja itu seronok.
Berhenti kerja itu sebab sudah kaya.
Berhenti kerja itu nikmatnya.
Nikmat Allah sangat banyak.
Bekerja itu juga nikmat.
Memegang duit gaji itu juga nikmat.
Mempunyai masa sendiri tanpa anak-anak di sisi 8jam juga nikmat.
Nikmat itu sentiasa ada.
Tapi, yang paling utama.
Ramai yang tidak perasan.
Berhenti kerja bukan sebab sudah kaya.
Tetapi berhenti kerja mengajar diri untuk keluar dari zon selesa dan melepaskan kebergantungan pada orang lain.
Berhenti kerja mengajar untuk yakin.
Yakin sebenar-benarnya datang dari dalam hati.
Yakin yang urusan rezeki kita ada di dalam pengetahuan Allah.
Yakin yang hanya Allah yang Maha Tahu rezeki kita.
Kita serahkan bulat-bulat padaNYA.
Kita berusaha. Kita buat. Kita ikhtiar.
Selepas habis ikhtiar, kita YAKIN padaNYA untuk mengaturkan segala-galanya buat kita.
Berhenti kerja bukan lagi berada di dalam zon yang selesa.
Berhenti kerja adalah kejayaan kecil dalam diri kita.
Kerana berjaya melawan TAKUT.
Kerana berjaya PERCAYA.
Kerana berjaya YAKIN.
Yang rezeki ini datang nya dari Allah.
Bila ada impian, ikhtiar sampai jadi.
Jika tak jadi, buat sampai jadi.
Doakan saya dapat berhenti kerja saya sekarang...




Image result for belajar menjual
BELAJAR MENJUAL


Saya di sapa dengan pertanyaan;

"Boleh jual ke 100pcs roti sehari?"

"Dulu saya pernah jual produk orang lain juga, tapi kesudahannya, produk tersebut saya kena makan sendiri".

Saya bertanya -- produk apa ye?

"Madu" -- sepatah di jawab.

PRODUK YANG REPEATABLE

Apabila hendak menjual sesuatu produk, pastikan dahulu, adakah produk tersebut menghasilkan penjualan berulang.

Adakah produk tersebut mempunyai market demand yang luas.

Adakah produk tersebut mempunyai customer segment yang pelbagai.

ATAU

Adakah pasaran produk tersebut kecil dan bertumpu untuk pasaran pelanggan tertentu.

Roti adalah sejenis makanan kedua yang di makan oleh segolongan besar penduduk di Malaysia.

Golongan sasaran tersebut merangkumi :

+ Golongan muda
+ Golongan berusia
+ Pelajar sekolah rendah
+ Pelajar sekolah menengah
+ Pelajar Universiti
+ Kanak-kanak
+ Mereka yang bekerja 

Persoalannya, mengikut skop yang lebih kecil.

"Duit pelanggan mana yang ingin kita ambil dan fokus terlebih dahulu"

Sebahagian Agen Roti ABS FOOD, mensasarkan pelajar sekolah sebagai pelanggan mereka.

Kenapa?


Sebab di sekolah, jualannya adalah repeatable.


Nukilan oleh : Reni bt Rahmat 



Assalamualaikum,

Salam Jumaat. Hari ni nak share sikit pasal apa yang anda boleh buat dengan Simpanan KWSP anda.

Mungkin ada yang boleh bagitahu saya , simpanan KWSP boleh dilakukan untuk pengeluaran pendidikan, perubatan dan bayaran perumahan.

Pernah tak anada tahu RM KWSP anda boleh dikeluarkan bagi tujuan PELABURAN?????

Ada yang tau, dan ada juga yang tak tahu mengenainya.

Bila disebut pasal PELABURAN, pasti kita akan cakap pasal UNTUNG. Betul ?? Kalau salah tolong betulkan ye.

Boleh Rujuk Laman Web Rasmi KWSP : Pengeluaran Pelaburan

Kenapa perlu meLABUR ?

Jawapannya ada di petikan akhbar berikut.

Image result for Simpanan kwsp


Image result for Simpanan kwsp

Bagi yang ada KWSP, tolong semak akaun 1 anda.

Image result for Simpanan kwsp

Ikut umur anda. Tengok!!!! Perhati betul-betul. Semakin tinggi unur anda, semakin banyak amaun Akaun 1 KWSP anda yang tidak boleh dikacau.

Tujuan KWSP ialah untuk memastikan anda ada cukup dana semasa  bersara kelak.

Bila dah semak, kalau layak melabur, boleh la hubungi saya untuk LANGKAH selanjutnya.....

Hafsah Mohamad Ali
014-2339501
Public Mutual Consultant



Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...