Thursday, July 2, 2015

Assalamulaikum,

Salam sejahtera dan moga bahagia hari ini. Catatan kali ini lebih kepada MUHASABAH DIRI.

Walau sehebat mana diri kita, jangan sesekali pernah berkata


'AKU LEBIH BAIK DARIPADA KALIAN'

kerana kata-kata seperti ini akan menyebabkan kita RIAK.

YANG...............

Yang singkat itu -"waktu"

Yang menipu itu - "dunia"

Yang dekat itu - "mati"

Yang besar itu - " nafsu"

Yang berat itu - "amanah"

Yang sulit itu - "ikhlas"

Yang susah itu - "sabar"

Yang membakar amal itu - " mengumpat"

Yang ke neraka itu - "lidah"

Yang berharga itu - "iman"

Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"

Yang ditunggu itu - "taubat"

(Imam Al Ghazali).


Selamat beramal dan semoga bermanfaat.






Wednesday, July 1, 2015

Assalamualaikum,
Mesti ada banyak persoalan kan macam mana nak kekalkan nombor telefon kita yang lama.

Berikut saya terangkan detailnya;

1) Pergi ke laman Laman Web BestMobile.

2) Download borang Port in MNP

3) Isi borang

4) Email ke support@besthelp.zohosupport.com

Tunggu reply dari bestmobile.

Semoga bermanfaat

#adhdhuhabestmobilehttp://adhdhuha.com/search/label/Sim magic



Friday, June 26, 2015

Assalamulaikum,

Salam sejahtera dan semoga bahagia.

Hari ini saya nak perkenalkan anda dengan satu simkad yang boleh anda jadikan sumber pendapatan.



Best tak ?

Nak tahu lagi best

Ce ke web ini.


Semoga bermanfaat









Assalamualaikum,

Salam Ramadhan.

Hari ini saya terima watshap dari kawan mengenai petikan berikut:





Moga apa yang disampaikan boleh dijadikan manfaat.







Friday, June 19, 2015

Assalamulaikum,

Salam sejahtera. Moga mendapat perlindungan Allah. 

Selamat mengerjakan ibadah puasa. Jadi bagi peringatatan kepada diri sendiri dan anda yang membaca catatan hari ni, kita ulangkaji BAB PUASA



Niat Puasa - "Shj aku berpuasa pd esok hari dlm menunaikan fardu bulan Ramadan pd thn ini krn Allah Taala"
Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (x musafir)
6. Suci (dr haid & nifas)

Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dr haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan
Rukun-rukun Puasa:-
1. Org yg puasa
2. Berniat
3. Menahan diri drp pkr2 yg mbatalkan puasa

Perkara Yg Membatalkan Puasa:-


1. Makan & minum dgn sengaja
2. Memasukkan dgn sengaja benda ke dlm rongga yg terbuka
3. Muntah dgn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dgn sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )
Perkara Sunat Ketika Puasa:-
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dgn kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & mbuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dr percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak mbawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sblm masuk waktu subuh
Makruh Ketika Puasa:-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dlm rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yg berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah
Golongan Yg Wajib Qada' Puasa:
1. Org sakit yg ada harapan sembuh
2. Org yg musafir (bukan krn maksiat)
3. Org yg kedatangan haid & nifas
4. Org yg meninggalkan niat puasa
5. Org yg sengaja melakukan pkr2 yg membatalkan puasa
6. Org yg pitam / mabuk
7. Org yg sangat lapar & dahaga
Mereka Yg Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka yg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Org sakit yg tidak ada harapan sembuh
3. Org yg terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Org yg ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil drp harta pusakanya )
5. Perempuan yg mengandung / yg menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yg ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa krn bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pd dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.
Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:
* Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) spt:-
1. Memerdekakan seorg hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kpd 60 org fakir/ miskin.
Bgmnpun, jika persetubuhan itu dilakukan krn terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.
Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki drp melakukan dosa selain menahan diri drp pkr2 di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati drp semua keinginan lahir & batin.
Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa
1. Org yg hilang daya upaya spt sakit yg apb berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Org musafir
3. Org yg terlalu tua & amat lemah
4. Org yg tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yg apb berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yg disusui itu..
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


Semoga bermanfaat
Unlike · Comment · 




Wednesday, June 10, 2015

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat jumpa lagi di blog ini. Kali ini saya nak bercerita tentang sifat yang biasa 'berprasangka'.

Pada zaman dahulu , ini zaman khalifah Umar al Khatab. Beliau seorang yang suka berjalan di tengah malam untuk meninjau keadaan rakyat jelata. Pada suatu malam, beliau terdengar suara lelaki dalam sebuah rumah yang asyik bergelak ketawa diselangi dengan gelak tawa wanita.

Umar pun mengintip, lalu memanjat jendela dan masuk ke rumah tersebut lalu mengherdik.

" Hai hamba Allah! Apakah kamu mengira Allah akan menutup aibmu padahal kamu berbuat  maksiat !!"

Lelaki itu menjawab dengan tenang..

"Jangan terburu-buru ya Umar. Boleh jadi saya telah melakukan satu kesalahan, tetapi anda telahpun melakukan 3 kesalahan."

Pertama : Anda telah mengintip.  Allah berfirman yang bermaksud " jangan kamu (mengintip) mencari-cari  kesalahan orang lain" ( Al-hujurat: 12 )

Kedua : Anda telah menyelinap masuk. Allah berfirman yang bermaksud " masuklah ke rumah-rumah dari pintunya..." ( Al-Baqarah: 189)

Ketiga : Anda masuk rumah tanpa izin. Allah berfirman yang bermaksud " Janganlah kamu masuk ke rumah yang bukan rumahmu sebelum kamu meminta izin..." ( An-Nur: 27 )

Lalu Umar berkata : "apakah lebih baik disisimu kalau aku memaafkanmu ?"

Lelaki tersebut menjawab: "Ya".

Umar pun memaafkan lelaki tersebut dan beransur meninggalkan rumah itu.

Moral of the story :

Muhasabah diri.

Kita selalu melihat dan mencari kesalahan orang lain. Menuduh tanpa usul periksa menjadikan kita 'membina jawapan sendiri'@ mengada-adakan jawapan ikut sedap tekak sahaja.

Pendek kata : Fikir positif, Jauhi prasangka kerana itu lebih mulia jika dibandingkan dengan mencari kesalahan orang lain.

Banyakkan istifar. Moga Allah ampunkan kesalahan kita.

Moga bermanfaat

Cerita ini saya telah ambik dari blog ini : 3 kesalahan


 






Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca di blog saya.

Alhamdulillah bertemu lagi dengan izin Allah di blog ini. Catatan kali ini ingin sekali saya ingin mengajak anda dan diri saya sendiri untuk istiqamah mengerjakan solat Tahajud. Dimana solat ini merupakan solat sunat yang amat dituntut kita mengerjakannya.


Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud
 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

Doa Solat Sunat Tahajjud
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
.
Alhamdulillah; saya ambik di shafiqolbu; Moga beliau izinkan kita menggunakan ilmu tersebut untuk sama-sama kita amalkan.







Friday, February 27, 2015

Assalamualaikum,

Apa khabar agaknya pembaca diluar sana. Moga Allah bagi kelapangan dan mudahkan segala urusan seharian. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, diberikan umur yang masih ada untuk menulis dan menyampaikan sesuatu kepada pembaca semua.

Entri kali ini sekadar berkongsi pengalaman.

Alhamdulillah, pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas iaitu 19-21 Februari 2015, saya telah di'ajak' keluar 3 hari oleh si cantik ( suami saya ) ke Tatau ( satu pekan kecil di Bintulu ). Allah telah pilih saya dan suami keluar Masturat. Walaupun sebelum itu saya memang tiada niat pun nak ikut. Pagi sebelum kami berangkat, barulah mengemas kelengkapan untuk keluar ke jalan Allah.

Terlebih dahulu, saya mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan dalam entri ini. Niat saya untuk menyampaikan apa yang saya pelajari semasa keluar 3 hari berkenaan. Apa yang saya ingat sehingga semasa saya menulis entri ini ialah 6 pesanan wanita.

6 pesanan wanita

1) Solat di awal waktu dan menggalakkan mahram solat di mana azan dilaungkan


Kenapa perlu diingatkan kepada wanita agar solat di awal waktu?

Ada 3 sebab utama:

a) takut kita datang haid / nifas
b) kedatangan tetamu yang kita tidak undang
c) mati - bila-bila masa sahaja sekiranya ajal telah sampai


2) Istiqamah membaca Al-quran dan zikir


3) IstiqamahTakleem dan Taklum

4) Didik anak ikut agama dan sunnah




5) Hidup secara sederhana



6) Menggalakkan suami keluar ke jalan Allah

Entri kali ini berakhir di sini. Sekiranya terdapat salah dan silap saya mohon maaf.

Insya Allah entri yang akan datang, saya kongsi pula aktiviti sepanjang keluar 3 hari tu ye. Doakan saya..








Wednesday, January 7, 2015

Assalamualaikum,

Entry tahun baru ini, saya tunjukkan anda semua Hebatnya Dhuha.

Jemput saksikan video di bawah.



Semoga bermanfaat ye.

Doakan saya dan anda semua dapat memulakan hari dengan Dhuha.

Semoga kita berjaya dunia dan akhirat.

Amin.







Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...