Friday, October 17, 2014

 1:59 PM         No comments

Assalamualaikum,

Salam sejahtera. Semoga pembaca entry saya kali ini dapat menfaat. ( Bak kata orang, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan )

Berikut merupakan statistik perokok di Malaysia. 



Tengok gambarajah di atas pun kita dah takut. Terdapat banyak peningkatan gejala rokok ini.



Gambarajah di atas pula kandungan rokok. Boleh pembaca diluar sana bayangkan, semua jenis racun ada dalam sebatang rokok.


Gambar-gambar di atas ini merupakan gambar di kotak-kotak rokok. Tapi, kenapa masih ada juga yang sanggup merokok?


Kartun kat atas ni merupakan senario biasa la ye kalau ada pasangan yang merokok. Benda lain naik harga, membebel . Rokok naik harga, tak jadi hal . Mampu pula beli. Tengoklah senarai harga rokok di bawah ni.
Sekotak  dah RM13.00. 


Kalau sekotak tahan sebulan, ok la kot. Ini, sekotak setengah hari bagi perokok tegar habis dah sekotak. Lepas tu, beli lagi. Kalau la duit untuk membeli makanan atau dijadikan simpanan anak-anak, dah beribu juga duit tu.

Pelbagai usaha dah dijalankan oleh kerajaan untuk membasmi gejala rokok ni.Adakah ada sinar bagi perokok untuk QUIT SMOKING? Tepuk dada , tanya selera.




Hayati iklan diatas. 

Maafkan saya sekiranya entry kali ini menyakitkan hati "perokok". Tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa.

Pasangan saya juga 'perokok'. Saya amat menyayanginya. Saya dan anak-anak juga 'perokok' @ passive smoker. 

Sekiranya suami saya @ pembaca di luar sana membaca entry ini, fikirlah. Saya doakan agar "abang" berhenti  merokok. Saya dan anak-anak amat mengharapkan abang boleh berhenti.Kami amat menyayangi "abang".

Kepada pembaca di luar sana, doakan juga ye suami saya dan perokok yang sedang membaca entri ini boleh berhenti merokok.

Amin.

Belum terlambat untuk BERHENTI



Ikhlas,

Hafsah Mohamad Ali
Muhamad Irfan, Muhamad Aiman, Abdul Wafiq, Aisy Hafiy, Hasya Amna & Danish Bukhari

















Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...