Wednesday, October 29, 2014

Assalamualaikum,

Entry kali ini saya ingin berkongsi sedikit kenapa anda perlu pilih GCP untuk beli emas .

Kenapa mesti beli produk GCP  ? Apa kelebihannya berbanding beli di pasaran biasa.
1.Murah sangat.
Penjimatan berganda.
2. Tiada upah tukang.
Kenapa bayar lebih?
3.Syarikat bumiputra muslim 100%.
Sokong perniagaan orang Islam kita,mereka bayar zakat.
4.Bersistem Laman Web GCP
Boleh tempah 24 jam 7 hari seminggu dan harga berubah 2 kali sehari.
5.Stok mudah didapati.
Konsep Tempah-Bayar-Tunggu.
 6.Calar,bengkok,buka plastik diterima.
Dinilai pada berat dan ketulenan,bukan pada rupanya.
7.Setiap belian disertakan sijil dan resit.
Boleh dipercayai (trusted),jika tidak,anda boleh ambil tindakan.
8.Mempunyai pengedar di seluruh Negara.
Nak jumpa pun boleh untuk membeli by hand dan penerangan lebih lanjut.
9.Kos penghantaran PERCUMA 
Kalau boleh jimat masa,tenaga dan kos,apa lagi yang anda inginkan?
10.Rundingan dan bimbingan PERCUMA
Tak perlu bayar walaupun sebenarnya ianya PRICELESS..

Kredit to : JutawanGold ( Introducer saya mengenali GCP )
Sekian
Hafsah Mohamad Ali
0142339501
AD4004
#GCP Bintulu










Assalamualaikum,

Semenjak saya menjadi member GCP, selain menyimpan emas, saya juga ada menjual emas.

Saya hanya ada menjual emas dari Goldcrest Pavilion Sdn Bhd @ GCP sahaja.

Bukan tak mau jual emas dari syarikat lain seperti Public Gold, GSR dan Nubex. Ketiga-tiga syarikat ini OK emasnya tetapi memandangkan saya dah jadi member GCP, biarlah saya menjual emas GCP sahaja. Lagipun, untuk menjadi member syarikat - syarikat lain tu, yurannya mahal lagi berbanding GCP.

Entry kali ini memang saya sengaja untuk memperkenalkan produk GCP ni.

Gold Bar
GOLDBAR GCP
Gred :999.9 (1g) & 999 (10g-100g)
Berat :1g, 10g, 20g, 50g & 100g

Dinar GCP 999
DINAR


Siver Bar GCP
SILVER BAR GCP

Rantai Leher Bulat
RANTAI LEHER 999

Rantai Leher Gajah
RANTAI LEHER (GAJAH)

Rantai Tangan Pasir
RANTAI TANGAN (PASIR)


Rantai Tangan Melur
RANTAI TANGAN (MELUR)

Sebenarnya banyak lagi pattern barang kemas GCP ni ye. Senarai di atas tadi merupakan barang asas yang dijual. Anda diluar sana boleh juga melihat produk lain di sini Produk terkini.

Sekian.Semoga anda berkenan dengan GCP ni.

Next entry saya akan kupas kenapa anda perlu pilih GCP

Hafsah Mohamad Ali
014-2339501

Free Member AD4004

#GCP Bintulu






GCP

Assalamualaikum,

Apa khabar agaknya pembaca di luar sana. Saya doakan agar anda sihat selalu. Entry saya kali ini lain sikit ye.

Ini merupakan entry pertama saya mengenai EMAS @ GOLD.

Saya merupakan Member GCP semenjak 2012 dengan nombor ahli AD4004.

Minat bermula ?

Untuk pengetahuan anda, saya sebenarnya tidak minat dengan emas. Tetapi semenjak anak perempuan saya, Hasya Amna lahir terdetik keinginan saya untuk membeli emas untuknya. Maklumlah, anak-anak saya sebelum ini semuanya 'hero'.

Mula lah perjalanan memcari emas @ di kedai emas di Bintulu, Sarawak. Apa yang amat mengejutkan saya ialah pada masa tersebut harga emas 1g ialah RM180/g. Saya tersentak. Terkejut 'beruk' la. Mana kan tidak, apa la yang dapat dengan segram  tu?

Saya teruskan pencarian di internet. Rupanya pada masa itu, banyak syarikat yang berorientasikan emas muncul. Bak kata orang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Kutu emas 

Saya mengenali cikgu Fadilah Yusof di web Jutawangold. Banyak maklumat yang saya perlu tahu mengenai emas di web beliau. Untuk pengetahuan anda, belian emas pertama saya ialah 5g Rantai Tangan Pasir 916. Seronok sangat. Sejak itu saya terus 'mengkutu' untuk menjadi ahli GCP.

RANTAI TANGAN (PASIR)

( gambar ini saya amik dari web GCP - 5g tu yang paling kecil la ye. - tapi ianya padat )

Setelah amaun cukup untuk menjadi ahli, cikgu Fadilah telah daftarkan saya menjadi ahli GCP. Nombor ahli saya ialah AD4004.

Sekian dulu untuk entry kali ini. Kiranya entry kali ini untuk memperkenalkan diri saya sebagai member GCP . Mana tahu ada sesiapa yang berminat untuk membeli emas boleh la ke Laman Web GCP. Kalau nak tanya dengan saya pun boleh. Apa yang yang saya tahu, saya akan cuba share.

Sekian.

Hafsah Mohamad Ali
014-2339501

Boleh juga mendaftar sebagai Free Member

Klik di sini : Free member AD4004



















Thursday, October 23, 2014

Assalamualaikum,

Kali ini saya perkenalkan anda dengan salah satu set kesihatan sendi iaitu Advanced Joint Health Complex @ AJHT.



Dia atas merupakan artikel kesihatan dalam salah satu majalah di negara kita.

Kenapa perlu pilih Shaklee Advanced Joint Health Complex?

- 100% Bebas Chondroitin
- 100% berasaskan sayur-sayuran
- Tiada perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet
- Meningkatkan keselesaan sendi dalam masa 5 hari ******** ( kesan berbeza antara individu )

Berikut saya sertakan beberapa testimoni AJHT ni



Kredit to : Tips Sihat Selalu



Kredit to : sayangkunurhana.blogspot.com




Selamat mencuba. Usaha kena ada, baru la kita bertawakal

Moga bermanfaat

Hafsah Mohamad Ali
014-2339501
#MFMSTheMostHappeningShakleeTeamInMalaysia

Entry berkaitan Set sendi - merupakan testimoni ayah saya sendiri








Assalamualaikum,

Entri kali ini saya perkenalkan anda dengan OsteMatrix.

Perbezaan Shaklee:

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formula unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang mendapan sesetengah mineral. Kaljian telah meuktikan kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Gambar berikut menunjukkan kepadatan tulang yang normal dan Osteoporosis




Bagaimana memilih kalsium premium?

* Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium
* Elak produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
* Elak mineral che;ated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


Selamat mencuba.

Konsultasi percuma.

Hafsah Mohamad Ali
014-2339501
#MFMSTheMostHappeningShakleeTeamInMalaysia

Entry berkaitanKalsium&SimpulBiawak










Tuesday, October 21, 2014

Assalamualaikum,

Apa khabar agaknya para pembaca yang saya kasihi. Moga sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah dalam menjalani kehidupan harian.

Entri kali ini sangat santai. Bertujuan memberi peringatan kepada diri sendiri dan anda di luar sana.




Hayati lagu ini.



Semoga bermanfaat.

Semoga kita dapat menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Kerana yang telah pergi, tak mungkin akan kembali.











Assalamualaikum,



Salam sejahtera kepada sesiapa yang membaca entry kali ini.

 Selamat tahun baru. Moga tahun 1435H yang bakal meninggalkan kita  hari ini  memberikan kita manfaat dan kenangan terindah dalam hidup kita.

Sebelum tahun berganti, kita disyorkan untuk membaca doa berikut:



Doa akhir tahun : Dibaca 3 kali selepas solat Asar @ sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah, ( 24 Oktober 2014 )

Manakala Doa awal tahun pula : Dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram ( 24 Oktober 2014 )

Semoga bermanfaat.

Terima kasih

Hafsah Mohamad Ali
014-2339501












Friday, October 17, 2014


Assalamualaikum,

Salam sejahtera. Semoga pembaca entry saya kali ini dapat menfaat. ( Bak kata orang, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan )

Berikut merupakan statistik perokok di Malaysia. 



Tengok gambarajah di atas pun kita dah takut. Terdapat banyak peningkatan gejala rokok ini.



Gambarajah di atas pula kandungan rokok. Boleh pembaca diluar sana bayangkan, semua jenis racun ada dalam sebatang rokok.


Gambar-gambar di atas ini merupakan gambar di kotak-kotak rokok. Tapi, kenapa masih ada juga yang sanggup merokok?


Kartun kat atas ni merupakan senario biasa la ye kalau ada pasangan yang merokok. Benda lain naik harga, membebel . Rokok naik harga, tak jadi hal . Mampu pula beli. Tengoklah senarai harga rokok di bawah ni.
Sekotak  dah RM13.00. 


Kalau sekotak tahan sebulan, ok la kot. Ini, sekotak setengah hari bagi perokok tegar habis dah sekotak. Lepas tu, beli lagi. Kalau la duit untuk membeli makanan atau dijadikan simpanan anak-anak, dah beribu juga duit tu.

Pelbagai usaha dah dijalankan oleh kerajaan untuk membasmi gejala rokok ni.Adakah ada sinar bagi perokok untuk QUIT SMOKING? Tepuk dada , tanya selera.




Hayati iklan diatas. 

Maafkan saya sekiranya entry kali ini menyakitkan hati "perokok". Tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa.

Pasangan saya juga 'perokok'. Saya amat menyayanginya. Saya dan anak-anak juga 'perokok' @ passive smoker. 

Sekiranya suami saya @ pembaca di luar sana membaca entry ini, fikirlah. Saya doakan agar "abang" berhenti  merokok. Saya dan anak-anak amat mengharapkan abang boleh berhenti.Kami amat menyayangi "abang".

Kepada pembaca di luar sana, doakan juga ye suami saya dan perokok yang sedang membaca entri ini boleh berhenti merokok.

Amin.

Belum terlambat untuk BERHENTI



Ikhlas,

Hafsah Mohamad Ali
Muhamad Irfan, Muhamad Aiman, Abdul Wafiq, Aisy Hafiy, Hasya Amna & Danish Bukhari

















Thursday, October 16, 2014



Entry hari ini tentang CHANGE. 

Ikuti video di atas. Apa yang anda pilih, merupakan apa yang anda akan dapat.

Berikut adalah pelakon-pelakon @ karektor dalam video di atas.



Apa yang kita dapati daripada video dia atas adalah seperti berikut:

































Kesimpulannya:

Apa yang berada di sekeliling kita semuanya mengalami perubahan. Kita perlu mengikuti perubahan dengan cara dan kaedah yang betul. Kalau kita tidak berubah seiring dengan masa, kita akan ketinggalan.

Cari CHEESE anda SEKARANG.


Semoga bermanfaat.

Hafsah Mohamad  Ali
014-2339501
#MFMSTheMostHappening ShakleeTeamInMalaysia







Tuesday, October 14, 2014

Assalamualaikum,

 Pernah dengar menonton filem Top Secret : The Billionaire?

 Saya baru menonton filem berkenaan minggu lepas dalam Astro 131. Kepada pembaca yang belum pernah menonton, saya syorkan anda menonton filem ini. Sangat memberi inspirasi dan galakan kepada saya untuk berusaha lebih gigih mengubah taraf hidup dari biasa-biasa ke hidup luar biasa.

 Filem ini diadaptasi daripada kisah benar Top Ittipat, Jutawan Rumpai Laut dari Thailand. 

Semoga berjaya. Bak kata-kata hikmat Top Ittipat

 "Apa-apapun yang terjadi, jangan pernah menyerah. Kalau menyerah, habislah sudah".

 InsyaAllah, saya akan 'gali' lagi cerita tentang Top ini.

 Semoga bermanfaat.

 Hafsah Mohamad Ali



Wednesday, October 8, 2014

Assalamualaikum,


Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.
.
Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”

A.  Solat Gerhana Bulan (Khusuf)

1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.
.
2.  Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
Daku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.
.
4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ

اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الاَحْياَءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَات

.
5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :

اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء,  اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَات

.
.

B.  Cara Solat Sunat Khusuf

 Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:
.

1.  Cara Pertama

Solat Sunat Khusuf  2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.
.
a.   Rakaat Pertama
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz.
4.       Membaca surah Al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6.       Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.
.
b.   Rakaat kedua.
1.       Membaca surah Al-Fatihah.
2.       Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5.       Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.
.
.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua  Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.”  (Hr Bukhari dan Muslim).
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:

وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة

Ishak B. Rahawaih berkata:  “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”
.
.

2.  Cara Ke-dua

Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
.
  1. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
  2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat  gerhana.
  3. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.
  4. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
  5. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
  6. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
  7. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.
Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara ‘Solat Kusuuf’ (solat gerhana) memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat kusuuf dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali ruku’ dalam setiap raka’at, atau empat kali ruku’ dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)
.
.

C.  Khutbah Solat Gerhana

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان

من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

 “Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”  (Riwayat Bukhari r.a.)


Selamat beramal.
Sumber : jheatshafiqolbu
.





Assalamualaikum,

Produk Shaklee yang ingin saya perkenalkan hari ini ialah Sustained Release Vita C 500mg.



Perbezaan Shaklee:

" Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebutke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal membuktikan vitamin C dalam 2 biji tablet Vitamin Shaklee ( di dalam jurang masa 2 jam ) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi120mg bioflavonoid ( 25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah ) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Manfaat Utama;


  • Membentuk kolagen 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan 
  • Meningkatkan sistem imun
  • Memerangi kanser
  • Mencantikkan kulit
  • Memperbaiki imsomnia
  • Mengekalkan kolestrol sihat

Pelbagai Vitamin C di pasaran ( Malaysia )




Anda semua di luar sana boleh pilih. Tetapi pilihan saya tentulah ..........Shaklee.


Semoga bermanfaat.

Berminat?

Boleh hubungi saya.

Hafsah Mohamad Ali
014-2339501

#MFMSTheMostHappeningShakleeTeamInMalaysia

**Boleh la share.... Terima kasih






Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...