Wednesday, September 10, 2014

 2:21 PM      No comments
Assalamualaikum,

Entry hari ini santai sedikit. Maaf lama dah tak menulis. Tadi baru buat 'blogwalking' dan terfikir nak menulis seperti Irfan Khairi.





1) Angan-angan

Berangan-angan hendak jadi kaya atau jutawan. Fikir nak jadi kaya. Tolak persepsi negatif seperti ' banyak duit pun tak boleh bawa ke mati'. Tukar persepsi ke arah yang lebih baik. 'Aku banyak duit, lagi banyak boleh sedekah, lagi banyak boleh dijadikan saham ahkirat.


2) Matlamat

'Visual'kan matlamat . Pastikan ada 'due date'. Angan-angan tanpa matlamat yang jelas, tak ada makna. Contohla ye, kalau kita naik kereta, tapi kita tak tahu nak tuju ke mana. Kita masih boleh menggerakkan kereta tu. Tapi mana tujuannya???????????

3) Usaha

Matlamat tanpa usaha juga TIADA BERGUNA seperti 'angan-anagan Mat Jenin'. Seluruh tenaga dan usaha perlu diletakkan bagi mencapai apa yang diinginkan. Tiada jalan pintas dalam mencapai kekayaan. Boleh baca kisah-kisah jutawan di dunia ni, mereka banyak menghadapi cabaran, rintangan, dugaan sebelum jadi JUTAWAN. Mulakan langkah,  memperbaiki diri.

4) Ilmu

Baca... Banyakkan membaca. Tak rugi membaca ni. Cari mentor yang boleh membimbing anda ke arah kekayaan dan kejayaan. TIRUVASI apa yang jutawan tu buat.

5) Berniaga

9/10 rezeki datang daripada perniagaan. Pernah tak anda dengar orang yang makan gaji jadi JUTAWAN ? Mungkin pernah, tapi jarang-jarang kan. Mulakan perniagaan anda . Banyak jenis perniagaan yang boleh diceburi. Pastikan anada tidak terjerumus dengan SKIM CEPAT KAYA ye.

6) GAGAL

Kebanyakkan jutawan, pernah dan banyak kali GAGAL. Yang membezakan mereka yang berjaya dan yang terus GAGAL ialah tindakan BANGKIT dan ambil IKTIBAR dari kegagalan. Contoh Thomas Edison, kali yang ke seribu baru berjaya mencipta lampu mentol. Bayangkan kalau dia berputus asa, agak-agak boleh tak kita bayangkan macam mana rupa lampu mentol tu ye?


Sekian. Semoga entry kali ini bermanfaat. Moga anda yang membaca menjadi kaya dan berjaya.

Amin.

Hafsah Mohamad Ali
014-2339501
#MFMSThemosthappeningshakleeteaminmalaysia















Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...