Monday, August 18, 2014

 2:14 PM      No comments
Assalamualaikum,

NO to MLM

Saya sebenarnya dah bosan ! Tak nak  kalau didekati oleh ahli @ agen MLM ni. Saya jenis yang mudah kesian dengan kawan-kawan atau saudara yang terlibat dengan MLM ni. Bukan apa, pendapat peribadi saya la dan apa yang saya dengar daripada 'orang-orang luar' MLM ni, orang atas je yang akan untung banding kita yang join terkemudian ni. Kita kerja lebih, orang atas goyang kaki.

Semenjak tahun 2004, bermacam-macam MLM yang saya 'masuk'. Dari modal yang beribu-ribu sampai la yang kawan sponser keahlian, semua saya join. Kalu nak saya senaraikan, habis 10 jari saya ni. Bak kata orang jangan tak cuba, masuk je. Gerenti dapat RM kalu join MLM ni.

Tapi niat saya tu tak betul semasa join MLM sebelum ini. Kebanyakkannya kesian tengok kawan, tapi saya tak kesian pula tengok diri saya sendiri. Duit keluar, tapi tak ada hasil.Usaha saya nak mendapatkan balik modal yang saya keluarkan tu tiada. Nak cari orang, kesian lagi. Sebab tak nak orang yang masuk bawah kita tu pun sama macam saya juga. Kebanyakan upline MLM saya sebelum ini, lepas saya bayar keahlian, terus la senyap.Kalu sebelum daftar, muka comel je mengendeng kat kita. Lepas tu, latihan tak ada, coaching, tak ada. Jangan kan coaching la, saya call, sms tak angkat, tak balas. Kalau balas pun, minggu depan. Tapi, saya tak salahkan mereka, saya sendiri yang tidak bergerak. Saya yang takut bertindak. Saya yang GAGAL. Saya yang berundur. Mereka dah tolong buka jalan untuk saya berubah menjadi KAYA. Dibentangkan jalan untuk hidup mewah. Tapi, saya masih disini, masih di takuk yang sama.

Disember 2013, saya beli  GLA, Shaklee dari kawan nama Irma ( sekarang dia di Miri, Sarawak ). Selepas menggunakan GLA dalam 2 bulan, Alhamdulillah, masalah kesihatan yang saya alami beransur pulih.Selepas Irma ke Miri, saya tak ada tempat nak beli GLA lagi. Semenjak itu, saya cari info  pasal Shaklee ni di internet.

Cari-cari punya cari, tertengok web MariaFirdaus. Saya baca web dia. Sangat memberi inspirasi. Mula-mula, tanya la pasal produk Shaklee dengan Maria . Feedback yang diberi cepat. Dia bagi link Ebook SorryBoss. Saya baca ebook tu, Alhamdulillah, buka minda dan mata hati saya semula. Maria tak paksa pun saya beli apa-apa produk dari dia. 09 Januari 2014, saya beli barang Shaklee dari Maria dan jadi Shaklee Independent Distributor No . SID saya 1100016. Kalu ikut carta alir keluarga Shaklee saya ni ( Hafsah Mohamad Ali ) -  mommy ( Kam Haryatie ) - Affni Shahida - Kam Maria - Ainul Shaharazad - Hafsah Mardhiah - Nur Zahirah - Nor Laila - Shareeza ( PM Mama Cery ).

Dengan MFMS ini juga, Alhamdulillah, saya rasa KAYA.Walaupun saya belum pun pernah dapat bonus dari Shaklee, setiap hari saya dapat membantu tambah nilai orang lain. Saya selesaikan masalah kesihatan orang lain. Saya tidak menjual barangan @ produk Shaklee. Saya kongsi kelebihan produk. Closed.

Mula-mula saya join, kebanyakkan adik-beradik Shaklee wish saya kaya dan berjaya. sangat teruja . Orang yang kita tak pernah bersua muka menunjukkan komitmen yang mahu kita sama-sama berjaya.

Mesti tengok balik tajuk entry ni kan. Kata NO to MLM. Habis! Shaklee ni apa? Bukan MLM ke? Ini merupakan MLM yang saya 'join' tanpa saya sedar sebenarnya. Saya 'join' sebab saya nak. Bukan sebab saya kesian kat Maria.

Alhamdulillah, saya berada di bawah kumpulan Shaklee yang tepat. Kenapa saya kata tepat, ahli dalam kumpulan ni, sangat bermotivasi. Ada 'secret group' Telegram yang selalu memberi sokongan, dorongan dan berkongsi apa sahaja yang boleh dikongsi. Alhamdulillah. sebagai contoh, malam tadi 17 Ogos 2014 @ 20.30pm kami ada sessi online coaching oleh our daddy Syed Hafiz Kaulat. Saya dah tahu kelemahan saya, saya tak beri link saya punya blog masa post kat facebook. Patutla tak ada follower.

Saya sangat bertuah berdamping dengan mereka. Walaupun saya berada di Bintulu, Sarawak tiada alasan untuk saya berkongsi ilmu dengan mereka. Kawan-kawan @ adik-beradik Shaklee kami sangat akrab. Sebagai contoh sekiranya kami ada masalah @ pertanyaan, ada sahaja yang boleh membantu @ jawab. 'Secret group' Telegram kami sangat 'happening' dengan kehadiran our Mommy @ Kam haryatie, our granny, Abang Long Man, Cikgu Suhana,Zahrah Tokey Samosa, Nabilah Halim, Shafiq dan lain-lain yang saya tak dapat nak senaraikan semua mereka. Alhamdulillah. Syukur sangat- sangat panjatkan doa . Moga mereka semua berjaya dunia dan akhirat.

Maria dah sumpah saya Kaya dan Berjaya. Moga anda diluar sana pun kena sumpahan Maria ini.

Join Shaklee under Group yang 'happening" di bawah MARIA FIRDAUS EMPIRE

Amin

HAFSAH MOHAMAD ALI
0142339501







Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...