Friday, July 18, 2014

 12:48 PM      No comments
Assalamualaikum,

Kisah jutawan - Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari

.
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya.
.Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat.
.Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
.Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari. Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan.
.Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.

---------------------------------------
Kali pertama melihat artikel berkaitan Tan Sri ni di surat khabar Utusan. Tak ingat tarikh keluarannya. Memang tersentuh dan bangga ada orang Bumiputera yang bergelar jutawan. Memang tidak mudah untuk menjadi Jutawan, tetapi ianya bukan mustahil . Usaha, cekal , doa dan tawakal. InsyaAllah, kejayaan yang diimpi akan menjadi realiti.

Moga kita menjadi jutawan yang dermawan. Dapat membantu orang meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Amin.




Reaksi:

0 ulasan:

Post a Comment

Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...