Tuesday, October 17, 2017

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?

Beliau menjawab:

Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku dalam maksiat.

Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH

Sahabat ku:

           Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        kerana syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SEHAT
       kerana syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terpedaya dengan
      HARTA KEKAYAAN
                Sebab
    Si kayapun tidak pernah 
     menyiapkan Kain Kafan
             buat dirinya
      meski cuma Selembar.

    Teruslah berbuat BAIK,
       berniat untuk BAIK,
   berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
   Meskipun TIDAK banyak
  orang yang mengenalimu
Tidak suka dgn Nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang
     mengenalimu lebih dari
           pada orang lain.

JADILAH BAGAI JANTUNG
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
     dan menebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
              oleh NYA

Nasihat ini utk diri sendiri, utk share dgn sahabat  anak & keluarga.. semoga Allah memberkati & meredhai kita.

Aamiin..






By *Ustaz Don Daniyal*

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..





Jam dah 3 pagi.

Dak Combat tak balik-balik lagi.

Ya Allah, berikan perlindungan dan rahmatMu buat suamiku.

Amin.





Monday, September 11, 2017

Kejadian awal pagi tadi mengimbau kembali peristiwa 10 Ogos 2017 yang lepas.

Alhamdulillah. Combat tak teruk. Tapi bila menerima berita kemalangan tu, jantung berdegup kencang. Istifar dan selawat tak lekang dari bibir.

Hujan lebat yang mengiringi perjalanan Cha ke hospital malam tu, memang menguji kesabaran . Maklumla. Cha ni rabun bila hujan. Hujan turun. Air mata pun turun juga macam air hujan. Tapi bila mengenangkan anak-anak, Cha ada kekuatan meneruskan perjalanan.

Sampai di hospital, Cha tengok macam tak serius. Tapi sebab sendi Combat terlibat, doktor sarankan Combat diberi rawatan lanjut dan dimasukkan dalam wad.

Dalam jam 11-12 malam, Cha beransur balik ke Jepak.  Sunyi memang sunyi. Hati, Allah je tau. Kalu tak balik, anak-anak tak siapa yang jaga. Combat, Cha tinggalkan je la kat Nyabau. Doktor dan misi kan ada.

Kenangan tak boleh lupa juga, minyak betul-betul habis kat depan Petronas. Alhamdulillah. Ada budak-budak moto tolong Cha tolak kereta ke pump station tu. Terima kasih banyak-banyak kat mereka.

Sedih dan bercampur baur perasaan Cha malam tu. Syukur, Allah masih beri Cha peluang berbakti kat Combat. Gembira, sebab luka tak teruk.

Sampai kat rumah, anak-anak semua dah tidur. Mereka tak tau pun ayah mereka kemalangan. Bukhari bangun tido, dah tanya ayah kat mana. Siang tu, baru bawak Amna dan Bukhari ke hospital. Tapi, tak boleh nak jumpa. Budak tak boleh masuk dalam.

Adeh. Panjang pula cerita ni.

Apa yang Cha nak cerita, Allah tak kan bebankan hambanya sesuatu yang diluar kemampuannya.

Maaf tau.





Tuesday, March 21, 2017

Terbaik lah cerita ni.. 😀

Customer : Akak.. Harga ni berapa?
Seller : RM35 dik.. Postage RM8.. :)
Customer : Alaa.. Bagi la free postage.. Ataupon genapkan jd RM40 je.kan senang..susah bankin, mesin ATM xterima duit kecik..

Sekarang.. Cuba tukar situasi..

Boss : Gaji awak berapa setiap bulan?
Pekerja : RM1500 basic..ot.bulan Ni rm1033.60
Boss : OT rm1033.60? boleh X kalau saya bayar rm1030 je.. Genapkan je la, senang kira..
Pekerja : Mana boleh boss.. Macam nak mati kerja.. Gila punya bos!!!

Dapat?

Mereka berniaga @ cari rezeki @ cari duit...bukan buat khidmat masyarakat.. Keuntungan itulah gaji mereka😁😁
Jangan minta harga ahli @ harga kos @ diskaun.. Melainkan seller tu sendiri yang OFFER..😊😊😊

Bertimbang rasa itu amalan mulia ☺☺
Jangan sibuk nak harga kawan baik.. Mak sedare.. Pak sedara.. Tok.. Tokki..

Mana tau anda dah mmbantu seller tu tuk beli pampers ke susu anak die ke kan..
Tak ke dapat pahala tu? 😘

Kite permudahkan urusan orang..maka Allah pn akn permudahkan urusan kita..
In sha Allah..😊





Tuesday, March 14, 2017

TANGGUHLAH SOLAT...
MAKA AUTOMATIK ALLAH AKN TANGGUH SEMUA URUSANMU..

Suka lewatkan/tangguhkan solat??
Maka bersedialah DIA  akan tertangguh dalam semua urusan hidupmu.
Mungkin dari segi Rumahtanggamu, Perkahwinanmu, Kerjayamu, Zuriatmu, Kesihatanmu..

Hasan al-Basri berkata:
Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu? Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu.

Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan dengan al-Falah (kejayaan)? Mana mungkin Allah memberikan kamu taufiq sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya.

Hidayah perlu dicari. Ia akan dtg bila hatimu mula mencari.
Taufiq itu perlu di dekatkan dgn diri, biar ia mudah datang kpdmu.
Begitu juga solat. Tunaikan seawal waktu yg mungkin..krn keberkatannya mudah dtg dlm hidupmu.

Peringatan untuk diriku yg sering alpa...😣





Saturday, March 4, 2017

JANGAN LA SEBUT, JADI DOA TU!

Si abang ingin keluar membawa motor pergi bermain di taman.

Melihat langit gelap, adiknya berkata: Hari nak hujan tu..

Si abang melenting: Kau boleh diam tak, masin mulut kau tu nanti!

---

Si anak sedang memandu di LPT dengan kelajuan mencecah 160km/jam.

Si ibu menegur dari tempat duduk sebelah: Pelan la sket, accident nanti susah kita.

Si anak meninggikan suara: Ibu ni.. jangan la doakan macam tu!

---

Si isteri ingin segera menunaikan umrah, dicapainya laptop untuk melihat pakej untuk dibeli.

Si suami berpesan: Kalau beli sekarang, habis terus simpanan kita. Nanti kalau ada urusan kecemasan macam mana?

Si isteri menjawab: Ish, abang ni. Jangan la fikir yang bukan-bukan.

---

Si pelajar A sedang asyik melayan Dota, (atau versi sister: melayan siri drama korea!)!

Lalu roommate nya Pelajar B, berpesan: Pergi study la! Ko dah repeat, nanti kena dismiss plak kang!

Pelajar A menuding geram: Weh, mulut ko! Jaga sikit boleh tak?

---

Peringatan diberikan dikatakan doa? Malah disuruh diam, jangan disebut?

Allah dan Rasul-Nya berkali-kali memberi peringatan agar jangan lakukan ini dan itu, nanti dibalas azab seksa yang pedih di neraka.

Adakah ianya bermaksud Allah dan Rasul-Nya mahukan umatnya masuk neraka?

Peringatan diberikan kerana asasnya kita sering lupa, bahawa telah banyak contoh mereka yang melakukan kesilapan yang sama, yang telah hancur binasa.

Apa lagi kalau peringatan yang jelas diberikan atas dasar kebiasaan kehidupan.

Hari gelap tanda nak hujan. Bawa laju nanti kemalangan. Habiskan simpanan nanti kerugian. Tak study, fail la!

Jadi, tindak balas dan respon yang tepat dan rasional adalah MENCEGAH dan BERHATI-HATI.

Sebagaimana dalam urusan akhirat, kita berusaha mencegah dengan menjauhi segala laranganNya dan berusaha sehabis baik mentaati perintahNya.

Pelik dan ganjil, bila peringatan demi peringatan diberikan, tanda kasih dan prihatin, tapi dilayan balas bagaikan ia tohmahan dari musuh.

Ingat! Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Mungkin penyesalan yang berlaku, jika selagi ia di dunia, masih punya ruang harapan untuk memperbaiki (jika tak putus asa); tetapi penyesalan di akhirat.. memang mutlak tidak berguna!

Terimalah peringatan! Kemudian usaha dan doa ke arah yang betul dan baik!

- BroSyariefShares

Cnp dari fb cikgu Nor Fazilah Abd Mohd.

#terimakasihatasdoadanperingatan





Google+ Followers

Google+ Badge

Popular Posts

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...